Siakap Keli

Kunjungan Setiausaha Agung Muslim World League Mantapkan Toleransi Keluarga Malaysia

Ketibaan H.E. Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Muslim World League petang ini telah disambut oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Menurut Datuk Hajah Hakimah bt Mohd Yusoff Ketua Pengarah JAKIM, kehadiran H.E. Sheikh Dr. Mohammad adalah bertujuan untuk menghadiri
Southeast Asian Ulama Conference 2022 yang akan diadakan pada 30 Jun 2022 di Subang Jaya.

“H.E. Sheikh Dr. Mohammad akan berkongsi idea dan pandangan dalam memperkukuhkan lagi keharmonian dan keamanan di rantau ini serta meningkatkan lagi semangat toleransi Islam dalam kepelbagaian Keluarga Malaysia”, kata Ketua Pengarah JAKIM.

Persidangan yang melibatkan penyertaan wakil dari 20 buah negara di Asia Tenggara ini dianjurkan oleh JAKIM dan Muslim World League. Objektif persidangan ini akan menekankan nilai kesederhanaan, pengukuhan nilai persahabatan dan nilai kerjasama dalam kalangan ummah serta menyebarkan kesedaran terhadap konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat secara keseluruhan.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa