Siakap Keli
tak sengaja tembak kawannya
Kredit: Daily Mail

Pengantin Lelaki Didakwa, Tak Sengaja Tembak Mati Kawan Sendiri Ketika Bersanding

Seorang pengantin lelaki di India dilaporkan telah membunuh seorang kawannya secara tak sengaja sewaktu melakukan upacara tembak tradisional di majlis perkahwinannya.

INDIA – Seorang pengantin lelaki di India dilaporkan telah membunuh seorang rakannya secara tidak sengaja sewaktu melakukan upacara tembakan tradisional di majlis perkahwinannya.

Memetik Daily Mail, kejadian itu berlaku dalam sebuah majlis perkahwinan yang terletak di bandar Robertsganj di Uttar Pradesh pada Rabu lalu.

Rakaman video menunjukkan pengantin tersebut telah mengacukan pistol tersebut ke udara untuk semasa sedang berdiri di atas pelaminnya.

Selepas gagal melepaskan tembakan pada cubaan pertama, pengantin tersebut telah menghalakan pistol itu ke bawah dan secara tidak sengaja melepaskan tembakan yang mengenai rakannya.

Mangsa dilihat rebah di atas tanah sejurus selepas terkena tembakan itu. Para tetamu yang hadir cuba untuk menghulurkan bantuan.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia  sebaik tiba.

Polis telah memberkas pengantin lelaki dan beberapa orang tetamu jemputan untuk disoal siasat. Polis turut merampas pistol berlesen yang dilaporkan merupakan milik mangsa.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang anggota tentera India dan telah diberikan kebenaran untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Superintenden Polis, Pratap Singh mengesahkan bahawa pengantin lelaki tersebut telah didakwa atas kematian rakannya itu.

“Insiden itu berlaku semasa majlis perkahwinan yang dianjurkan di Ashirwad Vatika yang terletak di bawah kawasan balai polis Robertsganj.”

“Seorang lelaki yang telah berkhidmat dalam tentera telah meninggal dunia selepas ditembak semasa upacara penembakan oleh pengantin lelaki.”

“Pistol telah dirampas dan siasatan sedang dijalankan,” ujar Pratap.

Sebilangan besar sambutan majlis perkahwinan di utara India berakhir dengan tragis akibat wujudnya tradisi tembakan seperti ini.

Pada 2019, seorang pengantin lelaki terbunuh manakala abangnya kritikal akibat insiden yang sama.

Tradisi tembakan secara tradisional ini dikatakan sebagai cara untuk mempamerkan pangkat, wang dan kuasa.

Sumber: Daily Mail

Baca: Kementerian Pertahanan Ke Kemboja Bincang Isu Keselamatan Serantau, Ini Kaitan Dengan Malaysia

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.