Siakap Keli
cara sapu krim steroid
Gambar hiasan: Twitter/NEA

Berapa Banyak Kena Pakai Sebenarnya? Doktor Kongsi Cara Sapu Krim Steroid Pada Tubuh Dengan Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ada keadaan tertentu, pihak farmasi, klinik atau hospital akan berikan krim streoid. Tapi bagaimana cara sapu krim steroid dengan betul?

Apa itu krim steroid? Secara amnya, krim ini terdapat dalam bentuk ‘ointment’ atau losyen. Krim steroid mempunyai peringkat mengikut tahap keradangan kulit, iaitu ringan, sederhana, kuat dan sangat kuat.

Ia bertujuan untuk merawat kelembapan kulit atau kulit kering serta tebal. Namun, pernahkah anda berfikir cara yang betul untuk menggunakan krim steroid pada tubuh?

Jadi untuk mengetahui cara yang tepat menggunakan krim ini, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh pengamal perubatan,  Lyana Kamal di laman Twitter miliknya.

Cara betul untuk sapu krim steroid

DOKTOR, BOLEH TERANGKAN CARA BETUL UNTUK SAPU KRIM STEROID?

Hello orang ramai!

Tahukah anda, ramai antara kita sapu krim steroid kurang dari sepatutnya? Then ramai yang akan kecewa sebab kulit tak baik-baik.

Takpe, jangan risau, jom belajar cara yang betul menggunakan topikal steroids!

1. Krim steroid ini ubat. Apabila perlu, memang doktor akan syorkan. Kalau kita demam dan makan ¼ biji Panadol saja, confirm takkan kebah demam kita kan? Sama jugalah dengan krim steroid. Buang masa dan tenaga sahaja kan?

2. Konsep yang kena faham adalah fingertip unit (FTU).

1 FTU = jumlah krim dari hujung jari telunjuk (tip of first finger) ke lekuk yang pertama (first joint). Boleh rujuk gambar untuk faham.

1 FTU = 0.5 gram daripada krim steroid = boleh meliputi 2 tapak tangan orang dewasa

Gambar: Twitter Lyana Kamal
Gambar: Twitter Lyana Kamal

3. Ok kemudian, bagaimana nak gunakan dekat kulit? Berapa banyak itu bergantung kepada bahagian badan yang ada masalah kulit;

Secara amnya untuk dewasa pada bahagian muka dan leher bersamaan 2 ½ FTU manakala bahagian belakang badan sehingga punggung ialah 7 FTU dan pada bahagian dada dan perut juga sama 7 FTU.

Gambar: Twitter Lyana Kamal

Sementara itu, 1 lengan (arm) tak termasuk tapak tangan adalah 1 FTU, 2 tapak tangan bersamaan 1 FTU, 1 seluruh kaki (leg) tak termasuk tapak kaki bersamaan 6 FTU dan 1 kaki (foot) sebanyak 2 FTU. 

4) Ok tadi biasanya untuk dewasa. Bagaimana pula untuk anak-anak kita? Takkan nak sapu sama banyakkan.

Sama saja konsepnya. Boleh rujuk timetable. Ada anggaran ikut peringkat-peringkat umur. Mudahkan?

Gambar: Twitter Lyana Kamal

5) Dengan cara FTU ni lah, caranya kami doktor bagi ubat krim steroid dekat klinik/hospital. Saya ingat lagi masa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) latihan dulu, ada kertas lekat di dinding, anggaran berapa banyak nak beri kepada patient. 30g? 50g? 1 tiub? 2 tiub? Begitulah perincian doktor & ahli farmasi.

6) So janganlah terlalu takutkan kesan sampingan sampai menidakkan keberkesanan krim steroid. In sha Allah kami doktor ada untuk pantau.

Seperti yang saya selalu beritahu kepada pesakit saya;

“Katakan YA kepada steroid apabila ia ditunjukkan. Katakan TIDAK apabila tidak”

Ok itu sahaja, hope you find this helpful. Babai!

Rujukan: Malaysian CPG Atopic Dermatitis 2018

Dr Syazween XX

Pakar Kulit

Untuk lebih banyak maklumat, ikuti kami di FB : Syazli, Syameen and Syazween Aesthetics, Plastic Surgery and Dermatology

ps : boleh rujuk post sebelum ini untuk pemilihan krim steroid yang betul.

Sumber: Twitter Lyana Kamal

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?