Siakap Keli
Gambar via Unilad.co.uk

Gempar, Fosil Anak ‘Mammoth’ Ditemui Di Kanada

KANADA – Seorang pelombong dilaporkan telah menemui fosil hampir lengkap anak gajah purba atau mammoth di bahagian utara Kanada di ladang emas Klondike pada 21 Jun 2022 lalu.

Difahamkan bahawa bayi mammoth itu ditemui dengan kulit dan rambutnya yang masih utuh.

Ahli Paleontologi, Dr. Grant Zazula menyifatkan bahawa haiwan ini ‘cantik dan merupakan salah satu mumia haiwan purba yang paling menakjubkan pernah ditemui dalam dunia’.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memproses semuanya sekarang. Ia penemuan yang sangat menakjubkan,” katanya.

A near complete mummfied baby mammoth has been discovered. Credit: Government of Yukon

Mammoth itu dilaporkan ditemui berhampiran dengan sempadan Kanada dan Alaska di wilayah Yukon di bandar Dawson.

Pelombong tersebut difahamkan menjumpai fosil itu semasa aktiviti projek penggalian.

Mamot berbulu itu dipercayai hidup di kawasan tersebut lebih 30,000 tahun yang lalu bersama dengan singa gua, bison padang rumput gergasi dan kuda liar.

Ia dipercayai mati semasa zaman ais menurut Dr Zazula kerana ‘ditemui dalam permafrost’. Pakar paleontologi juga meramalkan mammoth itu mati ketika ia berumur sekitar 30 hingga 35 hari. Dia juga telah dikenal pasti sebagai mammoth betina.

Mammoth berbulu ini adalah penemuan yang terbaik pernah dipelihara dan ditemui di Amerika Utara. Mammoth ini juga merupakan mayat mumia haiwan yang hampir lengkap dan merupakan yang pertama pernah ditemui serta bayi mammoth mumia kedua yang ditemui di dunia.

“Dia mempunyai belalai. Dia mempunyai ekor. Dia mempunyai telinga yang kecil. Dia mempunyai hujung belalai kecil yang boleh digunakan untuk meragut rumput. Dia sempurna dan dia sangat cantik,” kata Dr Zazula.

Michael Caldwell, ahli paleontologi di Universiti Alberta pula telah menggambarkan betapa ‘sebuah penemuan yang penuh dengan keajaiban’ kerana telah menemui mamot hampir lengkap yang dipelihara dengan baik.

Terutamanya apabila berada dalam cuaca yang sering berubah sejurus selepas penemuan itu dibuat dan juga ribut yang boleh mengakibatkan mamot itu hilang. Caldwell menggelar penemuan itu sebagai ‘lombong emas saintifik’.

“Bagi semua ahli paleontologi, peristiwa ini amat menakjubkan. Namun, bagi mereka yang bekerja dan berminat dengan bidang ini, kejadian ini sangat mengagumkan,” katanya.

Penemuan mamot ini adalah ‘penemuan paling penting dalam paleontologi di Amerika Utara’ menurut Dr Zazula.

Ahli paleontologi itu memutuskan, “ia akan mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan untuk mengkaji mumia ini serta akan mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan bekerja dengan Tr’ondëk Hwëch’in untuk memutuskan apa yang para pengkaji akan lakukan dan pelajari daripada ini.

Sumber: unilad.co.uk

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.