TAIWAN – Seorang lelaki berdepan dengan detik mengerikan apabila zakarnya perlu dibelah dua oleh doktor bagi mengeluarkan rantai manik logam yang tersangkut di dalamnya.
Menurut akhbar Daily Star, lelaki itu telah ke hospital kerana mengadu kesakitan yang dialami pada kemaluannya rasa seakan-akan seperti terkena renjatan elektrik.
Doktor dari Hospital Shuang-Ho Universiti Perubatan Taipei dilaporkan mendapati bahawa lelaki tersebut memasukkan rantai logam itu ke dalam kemaluannya hanya untuk mendapatkan kepuasan seks.
Selepas melakukan perbuatan itu, dia telah tertidur dan kemudiannya bangun dalam keadaan kesakitan yang amat perit.
Manik rantai yang bersaiz agak besar itu dilaporkan telah ‘tertanam’ dalam zakarnya dan tidak boleh dikeluarkan.
Hal ini kerana, dia bimbang sekiranya manik itu dikeluarkan secara paksa, dia perlu berhadapan dengan kecederaan yang semakin serius.
Dia juga tidak boleh membuang air. Disebabkan itu, dia telah memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Pakar Urologi, Gao Weichang menyatakan bahawa lelaki itu tidak mengetahui cara untuk mengeluarkan rantai tersebut di rumah. Dia juga gusar, sekiranya dia memaksa, seluruh uretra akan rosak.
Doktor juga menambah, sepatutnya rantai tersebut boleh tergelincir keluar, namun uretra lelaki itu menjadi semakin ketat apabila berlaku ketegangan dan tekanan.
Menurut doktor, lelaki itu berada dalam kesakitan yang seakan-akan seperti terkena renjatan elektrik disebabkan saraf sensitifnya telah rosak.
Justeru, pakar bedah terpaksa membelah zakar lelaki itu untuk mengeluarkan rantai tersebut sebelum membina semula uretranya dalam sebuah prosedur yang rumit namun akhirnya berjaya.
Dalam pada itu, Gau menggesa masyarakat supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mencuba untuk memasukkan apa-apa objek asing ke dalam zakar atau uretra.
“Pesakit ini telah melakukan kesilapan namun mujur keadaannya tidak begitu serius. Memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan boleh menyebabkan kecederaan yang serius yang memerlukan pembedahan kecemasan,” ujarnya.
Sumber: Daily Star
Baca: Kementerian Pertahanan Ke Kemboja Bincang Isu Keselamatan Serantau, Ini Kaitan Dengan Malaysia