Siakap Keli
berpotensi diancam gempa bumi
Gambar: Britannica/ Detik News

Sesar Aktif Terbentang 100 KM, Jakarta Berpotensi Diancam Gempa bumi

Jakarta kini berpotensi diancam gempa bumi akibat sesar aktif atau sesar baribis yang terbentang di selatan negeri itu, lapor Tribun News.

Kajian mengenai potensi gempa bumi tersebut telah dilaporkan di dalam Laporan Ilmiah dalam jurnal Nature pada 16 Jun lalu.

Malah Penyelaras Tebatan Gempa dan Tsunami Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) turut mengesahkan kajian tersebut.

Menurutnya, struktur sesar baribis di Jakarta selatan terbukti aktif dengan anggaran kadar geseran sekitar 5 milimeter setahun.

Aktiviti sesar pula boleh dibaca pada seismograf dengan magnitud kecil antara 2.3 hingga 3.1.

“Selain itu, aktiviti sesar ini disokong hasil pemantauan peralatan pengesanan seismograf BMKG di mana terdapat aktiviti gempa bumi diperhatikan di sesar walaupun dalam magnitud kecil 2.3 hingga 3.1,” katanya.

Sementara itu, struktur sesar itu dianggarkan mempunyai panjang kira-kira 100 km.

Bagaimanapun, garisan sesar ini nampaknya tidak berterusan sebagai satu unit, sebaliknya menjadi beberapa bahagian, setiap satunya mempunyai panjang yang berbeza-beza.

Berikutan itu, kajian lanjut untuk meneroka bahagian-bahagian tersebut perlu dilakukan.

“Jika dilihat pada data gempa bumi hasil pemantauan BMKG, nampaknya bahagian selatan Jakarta tidak menunjukkan aktiviti gempa bumi.

“Namun hasil kajian menunjukkan tahap mampatan tinggi yang disyaki berkaitan dengan kawasan yang ‘terkunci’. Ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian,” jelasnya.

Tambahnya, hasil kajian itu mendapati garisan sesar baribis berpotensi menyebabkan gempa bumi yang ketara.

BMKG merekodkan aktiviti gempa bumi kerak cetek kerana sesar aktif berkekuatan kecil boleh memicu kepada kerosakan.

“Kita ada banyak bukti bahawa gempa bumi kecil dengan magnitud 4.5 sekalipun boleh menyebabkan kerosakan kerana hipocenter cetek dan pusat gempa berada dekat dengan permukaan.

“Jika ternyata gempa bumi yang berlaku mempunyai kekuatan yang lebih besar, potensi untuk kerosakan akan menjadi lebih besar,” katanya lagi.

Sumber: Tribun News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.