Siakap Keli
lelaki tetak jiran guna sabit
Gambar: Bernama

Berang Sering Kena ‘Bahan’, Lelaki Nekad Tetak Jiran Guna Sabit

Tak tahan sering kena ejek, lelaki nekad tetak jiran guna sabit

NGANJUK, INDONESIA – Berang dirinya serta ibu bapa sering menjadi bahan ejekan, seorang pemuda berusia 25 tahun dilaporkan bertindak nekad tetak jirannya menggunakan senjata tajam.

Peristiwa ngeri itu dilaporkan berlaku di Kampung Katerban, kawasan Baron di Daerah Nganjuk, Indonesia.

Menurut portal Tribun Jatim, suspek yang dikenali sebagai Ah (25) telah berjaya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Nganjuk selepas melakukan serangan terhadap jirannya menggunakan sebilah sabit.

Suspek difahamkan melakukan jenayah itu kerana berang dia dan ibu bapanya sering diejek oleh mangsa yang merupakan jirannya sendiri.

Pihak Polis di Nganjuk, AKP I Gusti Agung Ananta Pratama menjelaskan, suspek melakukan penganiayaan dengan menggunakan senjata tajam terhadap jirannya sendiri dan telah melarikan diri selepas membuat serangan itu.

“Suspek telah menyerang mangsa menggunakan sabit yang dipinjam dari rakannya kerana tidak tahan dirinya dan ibu bapanya sering menjadi bahan ejekan oleh mangsa,” kata AKP I Gusti Agung Ananta yang ditemani Ketua Humas Polres Nganjuk, Iptu Supriyanto, Isnin lalu.

Seperti yang dijelaskan oleh I Gusti Agung Ananta, kejadian ini berlaku di hadapan rumah mangsa. Sebelum ini, suspek pernah mencari mangsa di tempat biasa dia melepak sambil membawa sabit yang dipinjam. Bagaimanapun, suspek tidak menemui mangsa di tempat tersebut.

I Gusti Agung juga memberitahu, suspek telah mengajak seorang rakannya pergi ke rumah mangsa. Setibanya di rumah mangsa, suspek mengetuk pintu dan kebetulan yang membuka pintu adalah mangsa.

“Suspek yang sedang beremosi itu segera mengajak mangsa keluar ke hadapan rumah. Dan ketika berada di hadapan rumah suspek menetak mangsa tiga kali, memukul lengan kiri, dada kiri, dan jari telunjuk tangan kanan,” kata I Gusti Agung Ananta.

Selepas melakukan serangan itu suspek segera melarikan diri. Polis Baron yang menerima laporan serangan itu segera bergegas bersama dengan Satreskrim Polis Nganjuk dan pergi ke lokasi kejadian dan melakukan siasatan di situ.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan dan rawatan lanjut.

“Ketika itu, suspek sendiri belum ditemui dan telah melarikan diri,” kata I Gusti Ananta.

I Gusti Agung Anantan berkata, Anggota Polis Satreskrim Nganjuk segera mengejar suspek serangan itu berdasarkan maklumat beberapa saksi yang diterima oleh pihak mereka.

“Suspek berjaya ditahan di tempat abangnya di kawasan Gresik. Hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku perbuatannya itu disebabkan berasa jengkel selepas dia dan ibu bapanya sering menjadi bahan ejekan mangsa sehingga emosinya memuncak dan mendorong dirinya untuk melakukan serangan itu,” kata I Gusti Agung Anantan Pratama.

Sumber: jatim.tribunnews.com

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani