Hujan lebat yang dilaporkan melanda Pasir Gudang, Johor pada hari ini telah menyebabkan berlakunya banjir di kawasan lebuhraya Taman Rinting dan juga Seri Alam.
Video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook menggambarkan situasi semasa keadaan banjir yang melanda kawasan lebuhraya di Pasir Gudang yang telah menjejaskan lalu lintas termasuk kawasan Taman Rinting dan juga Seri Alam.
Menerusi video yang telah dikongsikan oleh beliau, air telah mula melepasi paras jalan raya hingga ada kenderaan yang telah terkandas. Dalam pada itu, air juga kelihatan mengalir dengan sangat deras dan berwarna selut.
Walaupun begitu, masih ada kenderaan yang tetap merentasi kawasan tersebut.
Setakat ini juga, tidak ketahui sama ada mangsa banjir yang perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Sumber: Razif Ishak (Facebook)