Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Pengamen Jalanan’, Tegar Septian telah mendedahkan telah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka setelah dua tahun membina mahligai rumah tangga.
Walaupun begitu, Tegar tidak menjelaskan penyebab bagi keruntuhan rumah tangganya telah dibina sekian lamanya.
“Kenyataan saya tidak lagi bersama Sarah adalah benar dan saya betul-betul telah bercerai dengannya. Sekarang hanya mahu fokus dengan kerjaya, terlalu banyak masalah jika nak dijelaskan satu persatu,” jelasnya, lapor Detik.
Dalam pada itu, Sarah juga turut menjawab persoalan itu ekoran menerima terlalu banyak mesej yang telah dia terima mengenai suaminya.
Menurut Detik, Sarah tidak lagi mahu bertanggungjawab sekiranya Tegar masih sering meminjam wang kepada orang lain.
“Ok semua, maaf baru buka phone. Whatsapp, Instagram penuh dengan soalan berkaitan Tegar. Sejujurnya yang buat cerita mengenai Instagram dan Whatsapp digodam itu aku.
“Hal itu sebab aku baca mesej-mesej yang dihantar, dia meminjam duit kepada ramai orang dengan alasan ‘kesian anak Tegar sama isteri, buat bayar rumah, buat bayar itu dan ini’ kata tegar.
“Padahal wang di tabungan masih ada dan Tegar tahu itu. Alhamdulillah masih boleh makan dan tidak ada kurang langsung.
“Sekarang wang simpanan sudah dibahagi dua, sama rata. Mulai saat ini aku tidak akan bertanggung jawab lagi atau ambil tahu jika Tegar masih pinjam wang dangan siapa pun, lebih-lebih lagi dengan alasan aku atau Abidzar,” jelasnya, lapor Detik.
BACA: Setahun Bagi Tuisyen Tanpa Jemu, Ayah Menangis Anak Hanya Skor 6/100 Ujian Matematik
BACA JUGA: Untuk Ubati Rindu Tanah Suci, Penduduk Kampung Di Indonesia Bina Masjid Mirip Kaabah
Sumber: Detik