Siakap Keli
Masjid bentuk Kaabah
Gambar via Suara.com

Untuk Ubati Rindu Tanah Suci, Penduduk Kampung Di Indonesia Bina Masjid Mirip Kaabah

Sejak dilanda pandemik dua tahun yang lalu, tidak dinafikan terlalu banyak perkara yang dirancang telah tertangguh. Salah satu perancangan yang mungkin tertangguh terutama umat Islam adalah niat untuk ke Tanah Suci Mekah sama ada bertujuan untuk ziarah, umrah mahupun menunaikan haji yang berlaku hanya sekali dalam setahun. Bagi mengubati rasa rindu dengan Tanah Suci, misalnya penduduk kampung ini bertindak membina sebuah masjid mirip dengan Kaabah.

Disebabkan itu, sebuah desa di Jawa Barat, Indonesia telah membina sebuah masjid dengan rekaan bentuk yang lain dari yang lain namun kelihatan sangat menyerlah. Desa ini telah membina sebuah masjid dengan reka bentuk mirip Kaabah.

Dalam video yang dimuat naik oleh Terang Media di laman Instagram milik mereka, kelihatan sebuah masjid yang masih lagi dalam proses pembinaan. Masjid mirip Kaab dikatakan dibina oleh Desa Mukapayung, Kecamatan Cililin.

Berbentuk empat segi, masjid tersebut juga kelihatan sedang dicat dengan warna hitam dengan hiasan emas yang memberikan sentuhan yang lebih meyakinkan pada binaanya.

Memetik Suara.com, masjid tersebut masih dalam proses pembinaan, di mana pintu dan bahagian bawahnya masih belum dicat dan dipasang dengan sempurna.

“Untuk melepaskan rindu, penduduk di desa Mukapayung, Kacataman Cililin, Jawa Barat Indonesia membina masjid menyerupai bentuk Kaabah,” tulis Terang Media, lapor Suara.com.

BACA: Rekaan Mirip Masjidil Haram, Ini Masjid Terbaru Yang Sedang Dibina Di Kelantan

Terdahulu, Kelantan Darul Naim atau popular dengan gelaran Kota Serambi Makkah ini juga dikatakan bakal memiliki sebuah masjid yang mirip dengan Masjidil Haram.

Difahamkan, masjid yang dibina di daerah Gua Musang itu telah siap dibina dengan keluasan 99,000 kaki persegi berdiri megah di atas tapak berkeluasan 1.5 hektar.

Nama yang dipilih untuknya adalah Masjid Tengku Razaleigh ini mengambil inspirasi reka bentuk dari ‘Masjidil Haram, Mekah’. Ia dikatakan bakal menjadi mercu tanda pintu masuk Negeri Kelantan.

BACA: Setahun Bagi Tuisyen Tanpa Jemu, Ayah Menangis Anak Hanya Skor 6/100 Ujian Matematik

BACA JUGA: Hujan Lebat Dilapor Landa Pasir Gudang, Beberapa Kawasan Dinaiki Air Banjir

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

 

Sumber: Suara.com, Terang Media (Instagram) 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.