Siakap Keli
Tawar dadah kepada anak
Gambar Hiasan via Mothership

Wanita Dipenjara Ajak Anak Ambil Dadah ‘Ais’, Dakwa Untuk Eratkan Hubungan Kekeluargaan

Seorang wanita di Singapura dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga bulan Isnin lepas selepas didapati bersalah memberikan dadah kepada jenis ‘ais’ (methamphetamine) kepada anak perempuanya yang berusia 17 tahun. Wanita berkenaan dikatakan mengajak anaknya mengambil dadah atas alasan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka berdua. 

Menurut Mothership.sg, Mahkamah mendapati bahawa wanita tersebut telah memberikan anaknya dadah ‘ais’ (methamphetamine) itu sebagai satu aktiviti ‘bonding’ keluarga sejak dari November 2020 sehinggalah mereka ditangkap pada Mac 2021. 

Menurut Straits Times, aktiviti jenayah berkenaan dilaporkan berlaku di rumah yang didiami mereka berdua. Selain itu, wanita berkenaan juga didakwa membantu anaknya menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mereka mengambil dadah berkenaan. 

Perbuatan berkenaan dilaporkan berlaku sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. 

Kedua-dua ibu dan anak ini ditahan susulan operasi Biro Narkotik Pusat pada 21 Mac 2021 kira-kira jam 11 malam. Satu paket yang mengandungi ‘bahan kristal’ seberat 0.89g turut ditemui di rumah mereka semasa operasi dipercayai dadah jenis ‘ais’. 

Memetik Mothership, sampel air kencing diambil daripada kedua-dua mereka selepas penahanan dibuat menunjukkan keputusan positif dadah. 

Difahamkan, wanita tersebut mengaku bersalah ke atas tiga pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, manakala dua lagi pertuduhan masih dalam proses pertimbangan, lapor Straits Times. 

Salah satu tuduhan yang masih dalam pertimbangan adalah kesalaha membenarkan seorang lelaki berusia 20 tahun mengambil dadah yang sama walaupun tidak ada dokumen dari mahkamah berkaitan status hubungan mereka. 

Hakim Lim Tse Haw, telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada wanita itu kerana mengambil dadah dan penjara dua tahun tiga bulan kerana memberikan dadah kepada anak perempuannya. 

Dalam pada itu, dia turut dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana memiliki dadah yang akan dijalankan secara serentak dengan hukuman yang lain. 

Hakim berkata, dia sepatutnya melindungi anak-anaknya walau apa pun yang berlaku, bukan membenarkan anak-anaknya mengambil bahan terlarang itu. 

Peguam yang mewakili mereka, Sadhana Rai meminta hukuman dua tahun kepada wanita itu ditarik semula selepas merujuk kepada pengakuan bertulis anak perempuannya bahawa bukan ibunya yang menyebabkan dia terlibat dengan dadah. 

Menurut anaknya, dia telah didedahkan dan dipengaruhi dengan dadah oleh orang lain. Menurut Rai lagi, wanita itu mengambil dadah bersama-sama anaknya bertujuan untuk mengawal serta mengehadkan jumlah yang diambil mereka setiap hari. 

Walau bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak menyebut sebarang tindakan yang diambil terhadap anak perempuan itu selepas ditahan. 

BACA: Suami Isteri Didakwa Lari Naik Hilux, Tinggal Mayat Anak Selepas Kemalangan

BACA JUGA: Tegar Septian Mengaku Cerai Dengan Isteri, Mahu Fokus Kerjaya

Sumber: Mothership, Straits Times

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.