Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

“Asalkan Boleh Tidur, Makan & Mandi Di Rumah” Tips Masuk Rumah Baru, Beli Barang Penting Ini Dulu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian semua orang sama ada yang sudah berumah tangga mahupun yang masih bujang. Walau bagaimanapun, untuk kita mencapai impian tersebut semestinya tidak mudah dan memakan masa yang agak lama. Apabila berjaya memiliki rumah, salah satu perkara yang perlu dititik beratkan adalah mengambil tahu tips sebelum masuk rumah baru, supaya proses berpindah dari rumah lama berjalan lancar.

Dalam pada itu, proses untuk membeli rumah daripada awal hingga berjaya dapatkan kunci juga bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara dan dokumen yang perlu disediakan sebelum pinjaman diluluskan oleh pihan bank.

Setelah berhempas pulas menyelesaikan semua yang diperlukan dan berjaya mendapatkan kunci rumah pertama, hal yang paling dinanti-nantikan sudah pastilah untuk menghias rumah, sekurang-kurang selesa untuk tidur dan perkara asas yang lain.

Meneroka laman Twitter milik Muzakkir Mansor, beliau kongsikan tips membeli barangan apabila telah berjaya mendapatkan rumah idaman. Ikuti perkongsian oleh Muzakkir yang telah kami kongsikan di bawah.

Kos pindah masuk rumah baru

Alhamdulillah, last Oct haritu dah dapat kunci rumah. Banyak jugak bende nak kene setelkan sebelum boleh masuk. Dengan budget yang limited, kami beli la mana yang perlu dulu. Asalkan boleh tidur, makan dan mandi dekat rumah. 

First sekali we hired professional home inspector, maklumlah takde masa and tak berapa nak reti check defect sendiri. Kalau ikut kepala developer semua dah okay, sekali depa mari mak aih banyak gila defect. Diorang charge RM 0.40/sqft untuk landed. 
Cost : RM 500-600
Gambar via Muzakkir Mansor

Lepastu survery electrical appliances, fridge, dapur, washing machine and aircond. Sini kos paling banyak habis so far. Fridge we decided to ambil yang side by side door punya style sebab nak space freezer yang besar sikit, cost RM 3500.

Mesin basuh ambil yang top load, front load semua macam mahal sikit je plus takde color yang berkenan. Cost, RM 2000.

Dapur masak pikir dua tiga kali gak nak beli jenis macam mana, nak beli cooker and hob, kitchen cabinet belom buat. So beli lah yang freestanding cooker terus yang dah siap ada oven. Kos, RM 2300. 

Aircond cukup bajet la beli 1 nak letak kat master bedroom dulu, beli 1.0hp untuk bilik, harga upah pasang pon dah 300-400. Cost, RM 1500.

Gambar via Muzakkir Mansor

Lepastu pi borong kipas, baru tahu kipas pon ada macam spec. 56’ and 60” size selalu untuk ruang tamu, 42” and 48” untuk size bilik. Ada DC/AC motor, DC save more energy. Kalau boleh pilih yang ada 5 star rating, long term jimat eletrik. Cost, RM 300-450 sebijik.

Gambar via Muzakkir Mansor

Next, lampu. Sebab kitorang tak buat plaster ceiling we opt for lampu jenis downlight surface. Boleh lekat terus kat ceiling concrete. Lampu pon kene check watt yang sesuai, ada banyak gila brand kalau nak yang ada warranty macam PHILLIPS harga dia selalu double. Cost,RM 20.

Gambar via Muzakkir Mansor

Satu lagi, water heater. Yang ni keperluan sebab ada dua budak kecik, diorang takleh mandi air sejuk nak air suam suam je haha. Water heater ada jenis pump/non pump and motor jenis AC/DC. Cost, RM 550.

Gambar via Muzakkir Mansor

Habis segala essential electrical appliances, next survey tilam pulak. Baru tahu tilam pon ada banyak gila jenis. Tilam ni harga pon vary from beratus ke ribu pon ada. Tak suka jenis katil spring so ambil yang hybrid la for now. Cost, RM 600 ( King size).

 

Gambar via Muzakkir Mansor

“Langsir rumah, ha ni satu hal lagi. Survey few kedai kejap sebab nak cari yang dah ready made and ready stock. Last last jumpa dekat Homes Harmony ada jual curtain yang okay. Beli yang Eyelet and sekali dengan curtain rod. Untuk tingkap dapur beli Roller Blinds. cost, RM 200.”

Gambar via Muzakkir Mansor

Next, Penyapu, penyodok, mop lantai, berus tandas, sabun basuh lantai, dan segala peralatan mengemas rumah. Ini beli kat DIY or kedai runcit depan rumah pon boleh. Cost, RM 100.

BACA: Hormat Kontrak Dengan Mat Kilau, Yayan Ruhian Dedah Pernah Tolak Tawaran Berlakon John Wick 3

Sumber: Twitter Muzakkir Mansor

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.