Siakap Keli
pengamal perubatan islam
Gambar Hiasan Via Liputan6

Boleh Rujuk Akta KKM Untuk Tahu Pengamal Perubatan Islam Sah Atau Tidak – Pengarah Darul Ruqiyyah

Individu yang ingin mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam seharusnya perlu merujuk kepada badan pengamal sama ada perawat yang dipilih sah atau tidak.

Menurut Pengarah Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Dato’ Seri Dr. Hj Ustaz Mohd Suhaimi Rozali ia berdasarkan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2016.

“Dalam negara kita, ada Akta 775 yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita berada di bawah Gabungan Perubatan Melayu Islam.

“Kalau sekiranya mana-mana yang ingin merujuk, boleh merujuk kepada badan pengamal sama ada ia sah atau tidak,” katanya.

pengamal perubatan islam

Bercakap di segmen siaran langsung Isu 2PM di Siakap Keli Tv pada petang tadi, beliau berkata akta kawalan itu dijaga oleh KKM.

“Pada masa akan datang, akta kawalan dijaga oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, akta tersebut sememangnya penting untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku terutamanya apabila ada yang mengambil kesempatan menjadi perawat yang tidak bertauliah.

“Contohnya, tak semua orang boleh jampi dengan ayat ruqyah, siapa nak jampi dengan ayat ruqyah kena ada lesen terlebih dahulu.

“Tujuan kerajaan buat begini adalah kerana untuk menyekat penyalahgunaan yang tidak bertanggungjawab untuk merawat, jadi boleh rujuk pada pejabat agama dan badan-badan pengamal yang ada di Malaysia,” ujarnya.

pengamal perubatan islam

Pembuktian sihir di mahkamah

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai sihir pemisah yang merosakkan rumah tangga.

Jelasnya, ada banyak cara untuk mengenal pasti sihir dalam rumah tangga tetapi bukti adanya sihir itu perlu diberikan kepada mahkamah.

“Indikator yang kita kenalpasti akan dijadikan pembuktian di mahkamah.

“Benda yang kita buat ini tidak nampak jadi pembuktian di mahkamah perlu ada agar benda itu nampak.

“Contohnya, jika orang itu menggunakan sihir, bahan sihir perlu dibawa. Bahan itu pula perlukan pengkajian yang kebiasaannya akan memakan masa dan memerlukan proses yang lama.

“Ibarat orang yang mencuri, mahkamah perlukan bukti untuk mensabitkan kesalahan, begitulah jugak dengan sihir ini,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini, jom tonton Siakap Keli TV di bawah ini.

https://www.facebook.com/siakapkelitv/videos/1137560536820281

Sumber: Siakap Keli TV

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.