Siakap Keli
Gambar: TikTok

Gempar, Pengunjung Pantai Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Ikan Duyung

Gempar, Pengunjung Pantai Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Ikan Duyung

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok berkenaan seorang lelaki warganegara Indonesia yang mendakwa dirinya dan pengunjung yang lain telah menyaksikan kewujudan ikan duyung di perairan pantai Latuhalat, Ambon.

Menerusi rakaman video berdurasi 47 saat yang telah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @capt.fredrik_kailola pada Isnin lalu memaparkan ekor sirip besar yang didakwa sama seperti yang dimiliki ikan duyung.

Ramai pengunjung yang berada di perairan pantai tersebut dilaporkan dapat melihat dengan jelas penampakan yang didakwa mereka seperti ekor ikan duyung.

Pengunjung di situ juga mula rasa teruja dan gempar susulan penampakan tersebut. Tak kurang juga ada yang sempat membuat pelbagai andaian.

Menurut rakaman daripada video tersebut, dapat didengari bahawa lelaki itu menyatakan penduduk

Lelaki yang merakam video tersebut menyatakan bahawa penduduk di sana berpendapat, sekiranya kemunculan ikan duyung ini dapat dilihat, ia membawa petanda sesuatu perkara yang besar bakal terjadi.

Ombak besar menjadikan rupa ikan duyung tersebut kurang kelihatan dengan jelas di dalam kamera. Menurut maklumat yang tersebar, penampakan ini bukanlah kali yang pertama dilihat di pantai Latuhalat, malah sebelum ini ia pernah muncul di pantai Seilale, Ambon.

Menurut laporan berita SuaraKaltim, mereka memberitahu bahawa netizen turut mempersoalkan kebaikan dan keburukan video yang tular itu.

Segelintir netizen yang memberi komen lebih mempercayai adanya kewujudan ikan duyung berbanding dengan kewujudan puteri duyung.

Namun, ada juga netizen yang mempercayai mitos tentang adanya kewujudan ikan duyung di perairan pantai kerana banyak rahsia mahupun misteri laut yang belum lagi dirungkai oleh manusia.

“Jangan berani cakap apa-apa tentang laut, banyak rahsia laut,” komen seorang netizen mengenai video tersebut.

“Saya tak tahu kenapa. Saya selalu percaya ikan duyung ada. Sebab lautan luas, bro. Banyak misteri,” tulis seorang netizen yang lain pula.

Lelaki yang merakan video tersebut juga berharap, sekiranya benar kejadian ini membawa petanda, diharapkan sesuatu yang berlaku di kemudian hari merupakan perkara yang baik-baik sahaja bagi semua penduduk di situ.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan serta apakah entiti tersebut. Pun begitu, video tersebut telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 7 juta kali.

@capt.fredrik_kailola

Terlihat Sosok Menyerupai Putri Duyung, dipantai Latuhalat Kota Ambon.#fypシ #putriduyung #tiktokindonesia #fyp #latuhalat #ambon #maluku

♬ suara asli – TampaCurhat – TampaCurhat

Sumber: Tiktok kaltim.suara

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.