Siakap Keli
wabak taun
Gambar Via AFP

Iraq Catat Kematian Pertama Akibat Wabak Taun, 17 Kes Baharu Dilaporkan Dalam 24 Jam

Iraq Catat Kematian Pertama Akibat Wabak Taun, 17 Kes Baharu Dilaporkan Dalam 24 Jam

Baghdad: Iraq melaporkan kematian pertama berkaitan wabak taun, dengan 17 kes baharu direkodkan di negara itu dalam tempoh 24 jam.

Memetik laporan AFP, kematian itu dicatatkan di wilayah utara Kirkuk, Saif Al Badr pada Selasa lalu.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, 17 kes baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan 76 kes didaftarkan di Iraq sejak awal tahun ini,” kata Kementerian Kesihatan.

Wabak itu dikatakan telah mula dilaporkan secara rasmi pada awal bulan ini, dengan Kirkuk menyumbang satu daripada 13 kes yang disahkan pada masa itu.

Jangkitan lain kebanyakannya tertumpu di wilayah jiran Sulaimaniyah, di wilayah autonomi Kurdistan.

Difahamkan, wabak taun terbesar terbesar di negara itu bermula sejak 2015, dengan wilayah tengah Baghdad dan Babil selatannya paling teruk terjejas.

Untuk pengetahuan, taun adalah penyakit cirit-birit akut yang boleh dirawat dengan antibiotik dan penghidratan tetapi boleh membunuh dalam beberapa jam tanpa rawatan perubatan.

Ia disebabkan oleh kuman yang biasanya tersebar disebabkan oleh proses sanitasi yang teruk. Orang ramai akan dijangkiti apabila mereka menelan makanan atau air yang terkandung pepijat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) penyelidik menganggarkan bahawa setiap tahun terdapat antara 1.3 juta dan empat juta kes taun di seluruh dunia, yang membawa kepada antara 21,000 dan 143,000 kematian.

Sumber: AFP

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.