Siakap Keli
letak jawatan dan hilangkan diri
Gambar Via Mkels.com

Majikan Tersilap ‘Transfer’, Pekerja ‘Hilang’ Lepas Dapat 286 Kali Ganda Gaji Asal

Lelaki di Chile menjadi tular baru-baru ini, letak jawatan dan hilangkan diri lepas tak sengaja dibayar gaji sebanyak RM700 ribu.

CHILE – Seorang lelaki bagaikan mendapat ‘durian runtuh’ setelah secara tidak sengaja dibayar 286 kali ganda daripada gaji bulanannya, lapor Times Now News.

Walau bagaimanapun dia kini dilaporkan menjadi buruan kerana bertindak meletakkan jawatan dalam syarikatnya dan menghilangkan diri selepas berjanji akan memulangkan wang itu semula.

Difahamkan, gaji yang sepatutnya dimasukkan kepadanya adalah sebanyak 500, 000 peso Chile (RM 2,378) tetapi sebaliknya dia mendapat 165,398,851 peso chile (RM786,868).

Setelah mengetahui mengenai perkara tersebut, pekerja itu telah menghubungi seorang timbalan pengurus di bahagian sumber manusia untuk melaporkan kesilapan dalam pembayaran.

Pengurusan syarikat itu kemudian menyemak rekod mereka dan mengesahkan bahawa wang itu tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya iaitu kira-kira 286 kali ganda daripada gaji bulanannya.

Ketika diminta untuk memulangkan semula wang tersebut, dia didakwa telah bersetuju untuk pergi ke bank dan memulangkannya.

Namun, mungkin ‘dikaburi’ dengan jumlah wang yang besar, dia dilaporkan tidak mahu memulangkannya semula.

Apabila syarikatnya tidak menerima pemberitahuan bayaran balik daripada bank, mereka telah cuba untuk menghubungi pekerja itu tetapi tidak dijawab.

Lelaki itu kemudiannya muncul semula dan mendakwa bahawa dia tertidur.

Bagaimanapun, pada 2 Jun lalu beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan dan kini dilaporkan menghilangkan diri.

Berikutan itu, syarikat tersebut telah mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu untuk mendapatkan semula wang yang mereka pindahkan secara tidak sengaja kepada lelaki itu.

BACA: Berapa Sebenarnya Jumlah Gaji Yang LAYAK Dikenakan ‘Income Tax’? Ini Jawab LHDN

Sumber: Times Now News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.