Bumi akan terus berputar dan zaman akan terus berganti. Semakin hari, semakin banyak pendedahan penyakit mental yang mungkin sebelum ini tidak sedar bahawa perkara itu benar-benar wujud dan perlu dirawat. Jika tidak, ia mungkin akan menjejaskan kehidupan dan masa depan kita. Salah satunya individu yang mendakwa mempunyai split personality atau banyak personaliti dalam dirinya.
Terdapat banyak jenis penyakit mental yang kita sedia maklum seperti bipolar, skizofrenia dan banyak lagi temasuklan Kecelaruan Personaliti Diri atau ‘Split Personality’ (DID).
Teori mengatakan bahawa antara sebab berlakunya DID adalah merujuk kepada trauma sejarah silam yang ketara dalam hidup seseorang seperti mangsa jenayah, mangsa dera dan sebagainya.
Memetik Web MD, kajian menunjukkan bahawa DID mungkin berpunca dari tindak balas psikologi terhadap tekanan interpersonal dan persekitaran, terutama di usia awal kanak-kanak apabila berlaku keadaan yang akan mengganggu perkembangan personaliti seperti pengabaian atau penderaan emosi.
Sebanyak 99% individu yang mengalami gangguan disosiatif telah mempunyai sejarah pribadi berkaitan gangguan atau trauma yang berulang, melampau dan sering mengancam nyawa pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak (biasanya sebelum umur mencecah enam tahun).
DID juga mungkin boleh terjadi jika terdapat pengabaian secara berterusan atau penderaan emosi walaupun tiada kewujudan penderaan secara fizikal atau seksual berlaku secara terang-terangan.
Bagaimana nak kesan penyakit DID ni?
Gangguan mental DID dicirikan dengan membentuk satu atau lebih identiti yang lain untuk ‘melindungi’ diri mereka dari trauma masa lampau. Bermakna, minda luar seseorang itu sedang melindungi diri kita dari mengalami trauma itu dengan menjadi individu lain dalam badan yang sama.
Identiti yang lain itu mampu untuk mengawal keseluruhan tingkah laku termasuklah umur, jantina dan personaliti yang berbeza. Selain itu, semua identiti ini tidak mengenali satu sama lain. Jika mereka kenal sekalipun, mereka kenal sebagai individu atau susuk tubuh yang lain.
Setiap identiti mempunyai bentuk tubuh, gerak geri dan cara bercakap mereka yang tersendiri. Ada beberapa keadaan juga pesakit ini akan berkhayal bahawa mereka adalah seekor haiwan. Pertukaran identiti boleh berlaku dalam beberapa saat, minit atau mungkin beberapa hari.
Ada juga pesakit yang ikhtiar dengan rawatan hipnosis kerana dipercayai identiti yang lain mungkin akan sangat responsif terhadap ahli terapi.
Gejala lain yang berlaku kepada pesakit DID adalah seperti sakit kepala, amnesia, berkhayal serta akan kehilangan banyak masa. Sesetengah dari mereka juga cenderung untuk menganiaya diri sendiri dengan keganasan dan sabotaj.
Sebagai contoh, peaskit DID mungkin akan mendapati bahawa meraka akan bertindak dengan perkara yang tidak biasa dilakukan seperti memandu dengan laju atau secara melulu, mencuri wang majikan seakan-akan mereka terpaksa untuk melakukan hal itu.
Terdapat beberapa proses utama para pesakit DID yang mampu mengubah cara hidup mereka.
Depersonalisasi merupakan keadaan di mana pesakit akan terpisah dari tubuh yang dirujuk sebagai ‘luar badan’ dan digantikan dengan identiti yang lain. Manakala, derealisasi pula di mana muncul dunia yang tidak nyata kelihatan seakan berkabus atau jauh.
Selain itu, mereka juga akan mengalami keadaan seperti Amnesia yang tidak mampu untuk mengingati beberapa maklumat penting berkaitan diri sendiri. Terdapat juga amnesia mikro, iaitu tidak mampu mengingati perbualan yang baru dalam masa satu saat seterusnya.
Kekeliruan identiti atau perubahan identiti, kedua-dua keadaan ini melibatkan kekeliruan tentang siapa diri mereka yang sebenarnya.
Sebagai contoh, mereka keliru untuk menentukan minat dalam kehidupan sendiri seperti pandangan politik, agama, sosial, orentasi seksual malah juga cita-cita mereka. Mereka juga mungkin akan mengalami herotan masa, tempat dan juga situasi.
Rawatan
Apabila pulih dari gangguan ini, memori masa lalu akan kembali berhubung. Namun, sehingga kini, masih tidak ada rawatan yang benar-benar berkesan untuk merawat individu yang menghadapi situasi ini.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, mereka yang menghidap penyakit ini perlu melakukan hipnosis psikoterapi untuk mengembalikan ingatan atau memori mereka yang hilang.
Pesakit, dengan sokongan dari pakar terapi akan digalakkan untuk mengingati masa lalu dengan mengenali wajah dan mengendalikan pengalaman yang mendatangkan tekanan serta mewujudkan gangguan itu.
Oleh kerana peristiwa traumatik biasanya cenderung mewujudkan gangguan ini, adalah penting untuk merawat emosi dan perasaan pesakit yang wujud selepas pesakit mengalami trauma.
Peristiwa masa lalu yang mengganggu yang mendorong pesakit untuk melarikan diri dan melupakan tentang kenangan lalu, apabila diingati kembali, akan mengundangkan kesedihan, kemurungan, ketakutan, kemarahan, penyesalan dan keadaan psikologi lain yang memerlukan terapi.
Sumber: Web MD