Siakap Keli

Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Kod Bulatan & Petak Warna-warni Pada Bungkusan

Bungkusan produk hari ini hadir dalam pelbagai bentuk yang menarik. Kebiasaannya pada bungkusan ini turut disertakan dengan pelbagai maklumat permakanan dan simbol-simbol yang mewakil maksud-maksud tertentu. Salah satunya adalah kod petak atau bulatan warna-warni yang ada pada bahagian sisi, bawah, belakang ataupun bahagian dalam lipatan bungkusan.

Color spots on packages: what are those things?
Sumber: Slate

Walaupun ianya tidak la penting, namun mungkin ada yang tertanya-tanya sebenarnya apa tujuan bentuk dan warna berkenaan diletakkan di kotak kan?

Menurut Reader Digest, kod warna berkenaan sebenarnya bertujuan bagi menyemak ketepatan warna-warna yang dicetak pada sesuatu bungkusan.

Anda akan dapati terdapat berbagai-bagai warna yang terkandung di bungkusan tersebut seperti merah jambu, kuning, biru, hitam, oren, ungu atau hijau, dalam pelbagai warna terang dan gelap. Rupa-rupanya, warna-warna tersebut digelar sebagai “blok warna pencetak” atau “tampalan kawalan proses”.

Ia digunakan sebagai pengukur untuk membantu juruteknik mengukur ketepatan warna serta kualiti cetakan pada bungkusan.

Menurut Meg Schiraldi selaku jurutera pencetak, kebanyakan pencetak hanya menggunakan empat warna iaitu cyan (biru-hijau), kuning, magenta dan hitam. Namun, sesetengah pencetak mempunyai warna tambahan seperti oren, hijau dan ungu.

Penambahan warna berkenaan perlu dibuat kerana sesetengah bungkusan mengandungi warna-warna berbeza daripada empat warna yang dinyatakan. Misalnya warna ungu pada bungkusan FedEx.

FedEX Express launches direct services in Egypt | Post & Parcel
Sumber: Google

Dengan itu, anda dapat melihat lebih banyak bentuk bulatan yang dicetak pada beberapa pakej kerana mereka perlu menyemak warna untuk setiap dakwat itu.

Dakwat-dakwat bewarna cyan, kuning, magenta dan hitam itu juga dipanggil sebagai warna proses kerana warna-warna berkenaan adalah warna yang paling biasa digunaka dalam cetakan. Manakala warna-warna yang berbeza pula dihasilkan melalui campuran keempat-empat warna berkenaan.

Pencetak juga mungkin menyertakan rona warna “tompok” yang berbeza, yang diadun pracampur untuk ketekalan dan menawarkan julat warna yang lebih tepat dan berbeza, seperti rona metalik.

Kadangkala, warna tompok itu dapat dilihat pada pembungkusan sebagai rona berbeza dengan warna yang sama.

Namun begitu, jika anda dapati bungkusan anda itu tidak mempunyai set blok warna ini, ada tidak perlu kuatir. Ini kerana ia bukanlah satu syarat yang mewajibkan meletakkan kod-kod warna berkenaan pada bungkusan masing-masing.

Sekarang anda sudah mengetahui rahsia yang sebenarnya terhadap warna yang terdapat di bungkusan anda itu. Jadi, kini anda boleh menikmati beg cip atau bungkusan makanan ringan anda dengan tenang dan tanpa perlu risau apa-apa.

BACA: Tapak Masjid Dipercayai Antara Yang Tertua Di Dunia Dilapor Ditemui Di Bandar Rahat

BACA: “Kita La Sedih Bagi Anak Makan Macam Tu”, Wanita Sebak Bagi Anak Makan Telur Setiap Hari Selepas Suami Kemalangan

Sumber: Reader Digest, Simplemost, Mentalfloss

 

Nurul Nazihah