Siakap Keli

Gempa Bumi Kuat Gegar Wilayah Utara Filipina

MANILA, 1 Julai (Bernama) — Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Wilayah Cagayan yang terletak di utara Filipina. Gempa dengan kekuatan 6.0 magnitud itu berlaku pada awal pagi Jumaat.

Menurut laporan Xinhua, Philippine Institute of Volcanology and Seismology berkata gempa itu berlaku sekitar jam 2.40 pagi waktu tempatan, gegaran berkedalam sehingga 27km dan turut dirasai sehingga 27km di selatan timur Pulau Dalupiri di Pekan Calayan.

Gegaran itu juga dirasai di wilayah berdekatan, termasuk Apayao dan Ilocos Sur di pulau Luzon utama. Institut itu berkata gempa tektonik akan mencetuskan gempa susulan tetapi tidak boleh menyebabkan kerosakan.

Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang Pasifik “Ring of Fire.” Sebuah rumah dilaporkan rosak dipercayai selepas berlakunya kejadian gempa bumi tersebut.

Terdahulu, satu gegaran gempa bumi sederhana yang bermagnitud 5.0 pada skala Ritcher dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada awal bulan Jun 2022.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 6.7° utara dan 127.1° timur dengan kedalaman 10 km, iaitu 151 km dari Davao, Filipina.

— BERNAMA, Roda Tumaliuan-Bruno

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)