Siakap Keli
Korea Selatan
Gambar via CNA

Korea Selatan Bakal Naikkan Kadar Gaji Minimum Kepada RM 32 Sejam Tahun Depan

Korea Selatan dilapor bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum sebanyak 5% kepada 9,620 won (RM32) sejam pada tahun depan seperti yang diumumkan oleh Presiden Yoon Suk-yeol.

Difahamkan, itu adalah langkah pertama yang diambil oleh Presiden tersebut sejak dilantik untuk mentakbir negara pada Mei lalu. 

Memetik CNA, kenaikan gaji itu akan memberi faedah keuntungan kepada 3.5 juta pekerja di Korea Selatan dengan mengambil kira kadar pertumbuhan dan inflasi serta prospek pekerjaan. 

Pada tahun 2017, bekas Presiden, Moon Jae-in telah menaikkan kadar gaji minimum sebanyak 16.4 peratus pada tahun pertamanya memegang jawatan tersebut. 

Manakala, negara mereka juga telah menyaksikan gabungan kenaikan sebanyak 41.6 peratus pada tahap gaji minimum setiap jam sepanjang tempoh lima tahun berikutnya.

Sumber: CNA

Faiz Mustafa