Seorang lelaki memiliki hobi unik ketika masa lapang iaitu mengesan barangan berharga yang tertanam di tepi pantai serta tekad mahu mencari pemilik asalnya.
Memetik laporan Bernama, lelaki tersebut, Suhaimi Razali, 35, melakukan hobi itu di sekitar persisiran Pantai Batu Lapan di Teluk Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan.
Difahamkan, dia mengesan objek-objek atau barangan besi yang mungkin tertanam di gigi air atau sepanjang pantai dengan menggunakan alat pengimbas besi (metal detector) dan penyodok tanah.
Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sendiri itu seperti yang dilaporkan Bernama, antara barangan berharga pernah ditemuinya ialah cincin, loket dan gelang tangan.
Barang-barang berharga itu seterusnya akan diiklankan di laman Facebook MD Miebinjai Saudagar Emas, bertujuan untuk mencari pemilik asalnya.
Difahamkan, selain mencari barangan kemas, Suhaimi juga turut melakukan ‘amal jariah’ dengan membantu mengesan objek-objek tajam dan berbahaya kepada pengunjung di pantai tersebut.




Sumber: Facebook BERNAMA