Berang Isteri Sering Derma Gaji, Lelaki Nekad Bakar Gereja
RUSIA – Seorang lelaki nekad membakar sebuah gereja akibat geram apabila isterinya acap kali memberikan sumbangan besar dalam bentuk wang tunai kepada gereja.
Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun itu membakar gereja tersebut kerana sudah tidak tahan dengan sikap isterinya yang memberikan sumbangan secara berterusan.
Menurut Pop News, suspek telah mencurahkan satu tin berisi minyak petrol ke arah gereja tersebut sebelum menyalakan api.
Ekoran api yang marak, para pengikut pertubuhan itu menjadi kelam-kabut dan berusaha sedaya upaya untuk mengawal keadaan.
Para pengikut berjaya mengawal kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba, meskipun api yang marak hampir menelan segala barangan dalam gereja.
Media tempatan melaporkan bahawa penduduk setempat yang menyaksikan kebakaran itu berputih mata melihat gereja mereka dijilat api.
Walau bagaimanapun, mereka tetap berasa marah terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas insiden itu.
Pada awalnya, mereka menganggap bahawa kejadian itu berlaku akibat litar pintas sebelum menemui punca sebenar insiden kebakaran itu.
Ada juga yang percaya bahawa insiden itu sebagai hikmah daripada Tuhan agar sebuah gereja yang lebih baik dapat dibina.
Namun begitu, mereka mendapati bahawa seorang lelaki berusia 36 tahun sebenarnya bertanggungjawab atas insiden itu.
Media tempatan menyatakan suspek merupakan seorang pekerja yang bekerja setiap hari.
Suspek nekad bertindak sedemikian kerana isterinya itu sering mendermakan seluruh gaji yang diperolehinya kepada gereja tersebut.
Justeru itu, suspek yang berang ekoran tindakan isterinya itu membuat keputusan untuk membakar gereja tersebut.
Menurut akhbar tempatan, suspek dilaporkan telah ditahan polis ekoran insiden itu dan dia turut mengakui perbuatannya.
Namun, hakim telah membebaskannya sehingga hukuman dijatuhkan kerana kurang memiliki rekod jenayah.
Sumber: Pop News