Siakap Keli
manchester united hubungi neymar
Gambar: Manchester Evening News

Manchester United Hubungi Ejen Neymar?

Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United baru-baru ini terlibat dalam spekulasi pihak mereka hubungi ejen pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mengenai masa depan pemain itu.

Menurut spekulasi seperti yang dilapor Manchester Evening News, The Red Devils disebut-sebut sebagai destinasi seterusnya bagi bintang Brazil itu selepas menghubungi wakil pemain berkenaan.

Bagaimanapun sebenarnya, kelab itu tidak menawarkan sebarang perjanjian kepada Neymar buat masa ini.

Malah pengendali Manchester United, Erik Ten Hag lebih memberikan fokus untuk mendapatkan Frenkie de Jong dan Tyrell Malacia.

Dalam pada itu, Neymar juga turut dikaitkan dengan spekulasi perpindahannya dari PSG pada musim panas ini.

Namun dalam masa sama, terdapat juga khabar angin mengatakan bahawa dia telah menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu tahun lepas, setelah memutuskan untuk tidak kembali semula ke Barcelona.

Sementara itu, terdapat juga khabar angin dalam PSG apabila pemilik kelab berkenaan akan menjual pemain itu sebelum Piala dunia hujung tahun ini.

Manakala, lembaga pasukan tersebut pula menyatakan pihak mereka akan menjual Neymar semasa jendela perpindahan musim panas ini.

Difahamkan, selain Manchester United dan Chelsea, gergasi Jerman, Bayern Munich juga turut berminat untuk mendapatkan pemain tersebut dengan menawarkan gaji sebanyak RM4.8 juta seminggu.

Sumber: Manchester Evening News

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.