Siakap Keli

airasia xpress Lancar Khidmat Penghantaran Domestik Dengan Kadar SUPER Berpatutan Untuk Penghantaran Ke Semenanjung Dan Malaysia Timur

Kuala Lumpur, 4 Julai 2022 – Perkhidmatan penghantaran airasia xpress oleh airasia Super App telah meluaskan perkhidmatannya dan kini merangkumi perkhidmatan penghantaran antara negeri yang terus ke pintu rumah di antara Lembah Klang dengan bandar-bandar utama di Ipoh, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Dikuasakan oleh Teleport, cabang perkhidmatan logistik oleh Capital A, pengguna airasia Super App kini boleh membuat penghantaran bungkusan mereka ke seluruh Semenanjung Malaysia (dari Lembah Klang ke Ipoh, Johor Bahru, Melaka dan Pulau Pinang, dan sebaliknya) dalam masa 1-3 hari, manakala penghantaran bungkusan di antara Lembah Klang dengan bandar-bandar di Malaysia Timur seperti Kuching dan Kota Kinabalu akan dipenuhi dalam tempoh 5-9 hari dengan kadar paling berpatutan berbanding pemain industri yang lain.

Bersempena dengan pelancaran perkhidmatan itu, para pengguna airasia Super App boleh menikmati DISKAUN 20% untuk penghantaran antara negeri dengan menggunakan kod promosi DOMESTIC semasa membuat pembayaran mulai sekarang sehingga 17 Julai 2022. Pengguna boleh menekan pada ikon ‘Xpress’ pada aplikasi airasia Super App untuk menghantar bungkusan anda sekarang.

Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran airasia Super App, berkata, ”Kami berbesar hati untuk melancarkan ciri perkhidmatan penghantaran domestik terbaharu airasia xpress yang memberikan para pelanggan kami alternatif yang lebih berpatutan, cepat dan mudah untuk penghantaran antara negeri. Sebagai satu-satunya perkhidmatan penghantaran bungkusan yang merupakan sebahagian daripada syarikat penerbangan, kami berusaha untuk menggunakan kelebihan unik kami dalam ketersambungan domestik dan serantau yang paling kukuh untuk terus menyokong PKS dan perniagaan kecil di rantau ini dengan menyediakan alternatif yang lebih murah kepada pemilik perniagaan untuk mengembangkan perniagaan mereka, kerana perkhidmatan penghantaran di airasia xpress adalah 47% lebih berpatutan berbanding kebanyakan penyedia perkhidmatan dalam pasaran untuk penghantaran di antara Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur. airasia xpress juga komited untuk menjaga semua bungkusan yang diamanahkan kepada kami dengan lebih baik untuk memastikan ketenangan fikiran kepada pelanggan kami sambil menikmati perkhidmatan airasia yang cekap dan bernilai tinggi.”

Para pelanggan boleh menempah khidmat penghantaran airasia xpress dengan beberapa langkah mudah:

  1. Pilih airasia xpress pada airasia Super App dengan mengklik pada ikon “Xpress”.

  2. Isikan butiran tempat pengambilan dan tempat hantar penghantaran anda.

  3. Pilih kaedah pembayaran anda.

  4. Sahkan tempahan anda dan cetak nota konsainan anda yang perlu dilampirkan pada item untuk penghantaran.

  5. Tunggu pengambilan anda daripada pasukan Allstar Delivery kami yang mesra.

Selain daripada perkhidmatan penghantaran antara negeri, airasia xpress juga menyediakan perkhidmatan segera dan penghantaran pada hari yang sama di sekitar Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu, Miri, dan Kuching serta di Singapura dan Bangkok, Thailand. Perkhidmatan penghantaran antara bandar serantau dan antarabangsa sedang dalam perancangan.

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar pada halaman ini.

Ahli boleh memperoleh airasia points untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran gaya hidup. Gunakannya seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, barangan runcit dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.

Ikuti perkembangan terkini airasia Super App dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa