Media sosial kini dipenuhi dengan perkongsian keadaan banjir di Baling yang berlaku petang tadi, pihak bomba kini sedang jalankan operasi menyelamat
Penduduk di sekitar daerah Baling, Kedah kini diuji dengan banjir kilat yang melanda beberapa kampung selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam berlaku pada petang tadi.
Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, dua buah kampung telah terjejas teruk iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim dan Kampung Jernang di Mukim Bakai.
Difahamkan, air Sungai Kupang telah melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing setelah hujan lebat yang bermula kira-kira pada pukul 2 petang.
Menerusi perkongsian netizen di media sosial, beberapa buah rumah dilihat telah rosak dan turut ditenggelami air lumpur.
Manakala, batang-batang pokok juga dilihat hanyut dibawa oleh arus air yang deras.
Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan berapa ramai mangsa yang terjejas di dalam kejadian tersebut.
https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/2225911944242297/
https://www.facebook.com/100001361892604/videos/pcb.1116247415660671/1290454724694307
https://www.facebook.com/GEGAR/videos/551473223284489
https://www.facebook.com/pzd.baling/posts/pfbid0yKEKVg7HRtYip2NV2yMYbUJRUE4feCHeWiW8kjvmE8qDWRzH2AVRs6Mc8fDDvgcpl
Bomba sudah dikerah
Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata bahawa pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah dikerah bagi membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat.
Menerusi ciapan di Twitter, Reezal turut mengatakan bahawa bantuan lori dan bot penyelamat dari JBPM Perak juga telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Operasi menyelamat masih lagi berjalan. Sama-sama doakan semoga mangsa yang terlibat berada dalam keadaan yang selamat,” katanya.
Operasi menyelamat masih lagi berjalan. Sama-sama doakan semoga mangsa yang terlibat berada dalam keadaan yang selamat.
— Reezal Merican (@reezal_merican) July 4, 2022
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari empat buah kampung pada malam ini.
Pun begitu, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS tersebut sedang dikemas kini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri pula berkata NADMA sentiasa memantau secara aktif kejadian banjir yang berlaku di daerah itu menerusi laporan National Disaster Command Centre (NDCC) berdasarkan maklumat terkini daripada agensi-agensi berkaitan.
“Penyelarasan serta tindakan susulan dilakukan bersama sekretariat bencana daerah dan negeri. Semoga urusan mangsa-mangsa yang terkesan dipermudahkan Allah S.W.T,” kata agensi itu di Facebook.
https://www.facebook.com/100069396631410/posts/pfbid0Fh98bhh9pYCAnuEgyGQ8LU1uDWoRLAvYY3tnc7LWHzDxpzApiVW3FBJuJCC7tufcl/?d=n
BACA: Dua Kampung Di Baling Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat Tiga Jam
Sumber: Facebook, Reezal Merican