Mana satu yang betul? Dipermudahkan atau dipermudah? Walaupun nampak betul penggunaan tapi sebenarnya salah.
Kebanyakan orang mungkin sudah terbiasa dengan norma yang dibawa oleh masyarakat, termasuklah perkara yang salah dianggap betul namun realitinya adalah sebaliknya.
Secara tidak sedar ia boleh menjadi ‘virus’ yang menular dalam kalangan masyarakat kita sehingga kini. Sebagai contoh, perkara salah yang sering dianggap betul antaranya adalah percakapan.
Mungkin bagi sesetengah orang, kalau tersalah cakap, tatabahasa ‘berterabur’, bahasa tunggang langgang dan seumpamanya, ia hanyalah perkara yang kecil lagi remeh.
Namun tidak bagi seorang guru Bahasa Melayu, @Zackkirana, kesalahan sebutan perkataan adalah perkara ‘biasa’ yang kerap diamalkan segelintir orang.
Untuk menjelaskan secara mudah jom kita ikuti perkongsian yang penuh bermanfaat dibawakan beliau di laman Twitter miliknya seperti di bawah.
DIPERMUDAHKAN atau DIPERMUDAH? Ha, mari cikgu cerita!
dipermudahkan ❌
dipermudah ✅ pic.twitter.com/O0s6VXYlbn— zackkirana (@zackkirana) July 2, 2022
Menerusi video yang dikongsikan wanita itu menunjukkan seramai 5,018 orang salah berbanding 2,893 orang yang meneka dengan betul dalam undian.
Dalam undian itu, pengguna Twitter perlu meneka mana satu perkataan yang betul antara “dipermudahkan” atau “dipermudah”.
Difahamkan, perkataan yang betul adalah dipermudah. Hal ini kerana, perkataan mudah adalah sejenis kata sifat iaitu “kata adjektif”.
Jadi, dalam tatabahasa adalah haram untuk menggunakan imbuhan apitan bersama kata adjektif, jelas cikgu tersebut.
Sehubungan itu, perkataan yang betul adalah “dipermudah” dan bukannya “dipermudahkan”.
Video yang telah dimuat naik itu telah mendapat lebih 53,400 ribu tontonan dan 1,800 tanda ‘Suka’ di platform media sosial, Twitter.
Rata-rata netizen memberikan komen positif dan berbagi pendapat serta kisah pembelajaran mereka sewaktu di sekolah dahulu melalui video tersebut.
“Baru tau ni. Maksudnya mempersembahkan dan dipersilakan salah selama ni,” kata Inseo.
“Mempersembahkan tu betul sebab sembah adalah kata kerja,” komen Stephen Leonhart.
Sumber: Twitter zackkirana