Siakap Keli
amber heard tuntut mahkamah bicarakan semula
Gambar via TMZ

Amber Heard Tuntut Mahkamah Bicarakan Semula, Dakwa Bukti Tidak Kukuh

Amber Heard Tuntut Mahkamah Bicarakan Semula, Dakwa Bukti Tidak Kukuh

Pelakon kontroversi, Amber Heard dilaporkan mahu menuntut perbicaraan semula kes saman terhadap suaminya itu di mahkamah, lapor TMZ.

Difahamkan bahawa, beliau mendakwa kes saman tersebut kekurangan bukti dan juga terdapatnya juri palsu.

Peguam pelakon itu dilaporkan telah memfailkan dokumen baharu pada minggu ini dengan memberikan pilihan kepada hakim untuk mengetepikan keputusan yang memihak kepada Johnny Depp sepenuhnya atau menolak aduan atau mengarahkan perbicaraan baharu kepada Amber.

Pihak guaman Amber merasakan, kes perbicaraan di mahkamah sebelum ini gagal untuk membuktikan dengan tepat berkenaan tuduhan yang dikenakan ke atas anak guamnya itu.

Peguam Amber juga menolak dakwaan berkenaan keganasan yang dilakukan ke atas Johnny sehingga menyebabkannya hilang pelbagai tawaran dalam dunia seni.

Peguam Amber juga menambah, karier Johnny dalam dunia seni sememangnya sudah berada pada tahap yang kritikal.

Dakwaan Adanya Juri ‘Palsu’

Oleh sebab itu, Amber Heard bersama dengan barisan guamannya mendakwa terdapat seorang juri palsu yang dipanggil mahkamah untuk memutuskan nasibnya semasa perbicaraan itu.

Amber dan pihak guamannya mendakwa terdapat salah seorang dari juri di mahkamah yang membuat keputusan pada kes perbicaraan itu bukan juri yang sama yang hadir pada sesi-sesi perbicaraan berlangsung.

Amber dan barisan pasukannya turut mendakwa, juri yang kelima belas kelihatan muda walaupun pada catatan menunjukkan juri itu lahir pada tahun 1945.

Amber dan peguamnya memohon pihak mahkamah supaya menyiasat perkara itu dengan telus tanpa mengaitkannya dengan kes perbicaraan yang berlaku sebelum ini.

Namun, menurut laporan, pihak mahkamah masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dengan dakwaan dan tuntutan Amber dan peguamnya mengenai perkara itu.

Walau bagaimanapun, pihak guam di sebelah Johnny Depp pula menyatakan, mereka tahu situasi ini bakal terjadi melihat kepada karakter pihak lawan.

Sumber: tmz.com

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani