Siakap Keli
jenazah wanita dan bayi
Gambar: Bernama

Jenazah Ibu, Bayi Tiga Bulan Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

Jenazah Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan anak lelakinya Hans Mohd Thakif Amir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu dalam satu liang lahad pada kira-kira 8.10 malam ini.

Bapa mangsa Rosman Ahmad, 58, berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak ketiga dan cucunya serta meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah di sini sebelum disembahyangkan di Masjid Kampung Bakar Batu.

Semalam, polis menahan seorang lelaki di kawasan Permas Jaya di sini beberapa jam selepas mayat kedua-dua mangsa ditemukan di hadapan rumah mereka.

Tukang cuci kapal berumur 24 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan bogel pada 2.45 petang dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging daripadanya.

Lelaki itu direman tujuh hari hingga 11 Julai.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story