Siakap Keli
Gambar via TMR

Dakwa Dengar Bisikan Halus, Suspek Tikam Ibu Disahkan Positif Syabu

Dakwa Dengar Bisikan Halus, Suspek Tikam Ibu Disahkan Positif Syabu

Seorang lelaki yang dipercayai telah menikam ibu kandungnya di Tangga Batu sehingga mati disahkan positif syabu.

Datuk Zainol Samah selaku Ketua Polis Melaka berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu telah melakukan saringan ujian air kencing dan hasilnya menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi mendapati suspek positif methamphetamine”.

Beliau juga menambah dengan berkata, “pemeriksaan di tempat tinggal suspek di Kampung Paya Luboh bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dadah”.

Beliau turut memberitahu, mangsa berusia 63 tahun itu masih dalam proses untuk dibedah siasat di Hospital Melaka dan berkemungkinan proses itu akan selesai petang ini (6 Julai 2022).

Sebelum ini, akhbar tempatan juga ada melaporkan suspek bertindak menikam ibunya disebabkan suspek terdengar suara halus kononnya  mendakwa mangsa menyembah berhala.

Mangsa yang juga seorang pesara guru juga dikatakan baharu kehilangan suami pada bulan lalu. Mangsa ditemui dengan dua kesan kelar di leharnya.

Pihak polis telah menangkap suspek yang ketika itu masih berada di lokasi kejadian. Pihak polis juga melaporkan, hasil soal siasat mendapati suspek telah mengaku bahawa dia telah menikam ibunya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Menurut polis, suspek sebelum ini pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Melaka beberapa tahun lepas dan memiliki dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Sumber: Kosmo

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.