Siakap Keli
gempa bumi kepulauan andaman
Gambar via Google

Gempa Bumi Di Kepulauan Andaman Tidak Beri Kesan Kepada Malaysia – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kejadian gempa bumi yang berlaku di Kepulauan Andaman tidak akan memberi kesan kepada Malaysia.

Menurut MetMalaysia, pihaknya telah mengesan 20 siri kejadian gempa bumi di sekitar Kepulauan Andaman dengan magnitud lemah iaitu kurang daripada 5.0.

“Berdasarkan pemantauan berterusan serta analisis data dan maklumat seismologi dan tsunami, MetMalaysia tidak menjangkakan kejadian tersebut berpotensi mengakibatkan tsunami yang akan memberi kesan kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu lagi, MetMalaysia juga akan sentiasa memantau kejadian gempa ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan yang terkini yang akan memberi kesan kepada negara.

Justeru, orang awam diminta untuk sentiasa merujuk kepada maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Met Malaysia bagi mengetahui sebarang maklumat gempa bumi dan tsunami.

 

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.