Siakap Keli

Influenza Kembali, Berikut Adalah 7 Sebab Untuk Mendapatkan Suntikan Flu

Ikuti kajian untuk membantu anda kekal dilindungi pada musim influenza Malaysia yang berlaku sepanjang tahun.

Sepanjang 2 tahun yang lalu, langkah pencegahan COVID-19 telah mengurangkan pendedahan kita kepada penyakit berjangkit. Namun, apabila pandemik COVID-19 dan sekatan sosial semakin berkurangan secara global, kita dapat melihat peningkatan dalam banyak penyakit berjangkit biasa seperti influenza, yang juga dikenali sebagai flu.

Apa yang membimbangkan ialah kepantasan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) dan flu yang telah kembali ke dalam komuniti kita sejak Malaysia memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022,.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, media telah melaporkan kes flu dan kluster penyakit seperti influenza (ILI) di sebuah sekolah berasrama penuh di Selangor dan sekolah di Kuala Lumpur (Gombak) dan Ipoh,,. Tindakan segera Kementerian Kesihatan patut dipuji, tetapi keadaan masih lagi membimbangkan.

Peningkatan kes flu dalam komuniti menunjukkan bahawa flu telah kembali dan berpotensi untuk merebak. Faktor lain yang menyebabkan penyebaran jangkitan ialah pengimportan kes flu melalui perjalanan antarabangsa, kelonggaran SOP COVID-19 dan kelekaan terhadap sekatan sosial.

Kami, Malaysian Influenza Working Group (MIWG) yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan yang bekerjasama untuk menambah baik pencegahan, pengurusan dan kawalan influenza di Malaysia amatlah prihatin dengan imuniti populasi Malaysia yang rendah kerana kurangnya pendedahan kepada influenza dan pengambilan vaksin flu sejak dua tahun lepas6. Ini menjadikan penduduk lebih mudah dijangkiti flu dan kumpulan berisiko tinggi berisiko mengalami penyakit yang teruk, berpanjangan, dan juga boleh membawa maut.

Pandemik COVID-19 telah mengajar kita bahawa vaksinasi boleh memberi banyak faedah kepada semua. Walaupun SOP COVID-19 perlu dikekalkan untuk mencegah flu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan vaksinasi flu tahunan.

Berikut adalah 7 sebab mengapa anda dan keluarga anda perlu mendapatkan suntikan flu:

Flu Mudah Berjangkit

Tidak seperti negara bermusim sederhana, influenza berlaku sepanjang tahun di Malaysia. Ini bermakna anda boleh dijangkiti flu pada bila-bila masa. Influenza merebak dari seorang ke seorang terutamanya melalui titisan-titisan cecair sehingga kira-kira sejauh 6 kaki. Influenza berjangkit dengan mudah dalam komuniti dengan penularan yang pantas di kawasan sesak seperti sekolah dan rumah jagaan. Suntikan flu mengurangkan penyakit berkaitan flu dan risiko komplikasi serius yang boleh mengakibatkan kemasukan ke hospital atau kematian. Di samping itu, suntikan flu juga dapat mencegah penyebaran virus dalam komuniti.

Ujian Flu Tidak Kerap Dilakukan

Walaupun kami mempunyai kit ujian untuk COVID-19 yang sedia ada, ujian flu tidak dilakukan secara rutin. Gejala flu adalah serupa dengan COVID-19, tetapi ia selalunya merupakan penyakit yang dipandang ringan. Perlu diambil perhatian bahawa demam tidak selalu ada di semua peringkat umur, terutamanya pada golongan dewasa yang lebih tua dan golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah. Sekiranya anda memiliki faktor komorbid, mengabaikan gejala ini dan tidak mendapatkan rawatan perubatan boleh memburukkan jangkitan flu dan penyakit yang sedia ada. Dapatkan suntikan flu kerana ia dapat menghalang daripada dijangkiti penyakit yang teruk dan daripada lawatan doktor yang berkaitan dengan flu11.

Flu Boleh Membawa Parah dan Malah Maut

Walaupun kebanyakan orang yang mendapat flu pulih dalam beberapa hari hingga kurang daripada dua minggu, individu berisiko tinggi mungkin mengalami komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Kumpulan berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak, wanita hamil dan sehingga 2 minggu selepas bersalin, warga emas, mereka yang mempunyai penyakit perubatan kronik seperti diabetis, penyakit jantung, sejarah strok, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pernafasan kronik seperti asma dan penyakit pulmonari obstruktif kronik dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat penyakit atau rawatan seperti penghidap HIV atau AIDS, atau kanser.

Salah satu komplikasi serius flu yang memerlukan rawatan di hospital ialah radang paru-paru yang berpunca sama ada daripada jangkitan flu atau jangkitan bersama virus dan bakteria. Flu juga boleh membawa kepada sepsis yang merupakan tindak balas yang mengancam nyawa kepada jangkitan yang boleh merebak pantas kepada kegagalan organ dan kematian. Di samping itu, kerosakan pada sel-sel dalam paru-paru yang disebabkan oleh virus influenza dan kekurangan pernafasan mengakibatkan sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS) . ARDS memerlukan pengudaraan invasif (sokongan pernafasan) yang dengan sendirinya membawa risiko kepada peningkatan kematian.

Flu, seperti COVID-19, Lebih Berisiko Mengancam Warga Emas

Orang yang lebih tua terutamanya mereka yang mempunyai penyakit kronik yang sedia ada berisiko mendapat komplikasi yang teruk daripada flu. Ini disebabkan oleh perubahan dalam pertahanan imun dengan peningkatan usia menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), sehingga 85% kematian yang berkaitan dengan flu berlaku di kalangan golongan berumur 65 tahun dan ke atas. Komplikasi awal influenza bukanlah satu-satunya kebimbangan; kemerosotan fungsi selepas dimasukkan ke hospital untuk influenza boleh berterusan dan amatlah bahaya di kalangan orang dewasa yang lebih tua. Kesan jangka panjang flu menjadikan pencegahan lebih penting bagi golongan yang lebih tua. Kajian mendapati bahawa vaksinasi flu mengurangkan risiko akibat jangkitan flu yang lebih serius yang boleh mengakibatkan kemasukan ke hospital atau kematian pada golongan yang lebih tua20. Vaksinasi flu juga melindungi kebebasan di kalangan warga emas. Berdasarkan WHO, vaksinasi flu dan vaksinasi COVID-19 boleh diberikan pada masa yang sama.

Flu Boleh Menyebabkan Serangan Jantung

Apabila anda dijangkiti flu, tindak balas pertama keradangan badan daripada sistem pertahanannya menyebabkan keadaan yang tidak diingini dalam badan anda yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa penyakit flu dikaitkan dengan peningkatan serangan jantung dan strok. Kajian 2018 mendapati bahawa risiko mendapat serangan jantung adalah 6 kali lebih tinggi dalam masa seminggu selepas disahkan jangkitan flu. Penemuan ini paling ketara bagi golongan dewasa yang lebih tua dan mereka yang mengalami serangan jantung buat kali pertama. Suntikan flu melindungi jantung anda. Ia mengurangkan risiko kardiovaskular sebanyak 36%. Selain itu, terdapat pengurangan sebanyak 45% risiko kardiovaskular pada pesakit yang mempunyai sejarah sindrom koronari akut. Penurunan risiko kematian sebanyak 18% dilaporkan pada pesakit yang mengalami kegagalan jantung 26.

Selesema Boleh Menjadi Bahaya Bagi Penghidap Diabetes

Jika anda menghidap diabetis (jenis 1, jenis 2, atau kehamilan), flu boleh menjadi lebih daripada sekadar demam dan gejala pernafasan. Flu boleh menyukarkan anda untuk mengawal paras gula dalam darah anda. Anda menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang berpanjangan, dimasukkan ke hospital dan juga kematian walaupun penyakit kencing manis anda dikawal dengan baik. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa pesakit kencing manis adalah 6 kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke hospital dengan komplikasi flu. Suntikan flu tahunan mengurangkan risiko kegagalan jantung sebanyak 22%, strok sebanyak 30%, serangan jantung sebanyak 19% dan radang paru-paru sebanyak 15% pada pesakit kencing manis. Suntikan flu adalah salah satu cara penting untuk menguruskan diabetis anda dengan baik.

Kehamilan dan Anak Dalam Kandungan

Semasa hamil, badan anda mengalami perubahan pada sistem imun, jantung dan paru-paru menjadikan anda lebih terdedah kepada influenza yang lebih teruk sehingga menyebabkan kemasukan ke hospital sepanjang kehamilan sehingga dua minggu selepas bersalin. Anak dalam kandungan anda juga berisiko mendapat komplikasi daripada flu seperti kecacatan tiub saraf, kelahiran pramatang dan juga kematian. Vaksinasi flu sahaja melindungi ibu mengandung, tetapi juga anak dalam kandungan, tetapi antibodi yang dihantar dari ibu kepada bayi dalam kandungan akan berfungsi sebagai perlindungan untuk 6 bulan pertama selepas kelahiran sehingga bayi cukup umur untuk suntikan flu pertama mereka pada 6 bulan dan seterusnya.

Dengan peningkatan kes flu baru-baru ini dalam komuniti dan jangkaan gelombang baharu COVID-19 dalam beberapa bulan akan datang, pencegahan flu adalah amat penting, atau kita mungkin menghadapi dua risiko daripada dua penyakit berjangkit yang berpotensi mengancam nyawa seperti yang terbukti di Australia pada masa ini. Mereka sedang bertarung dengan wabak influenza pertama yang serius sejak permulaan wabak COVID-19.

Kita telah menyaksikan kebolehan penyakit berjangkit seperti COVID-19 yang telah menyebabkan pergolakan besar dalam masyarakat kita di mana kita harus terus berwaspada; tiada sebab untuk panik namun kami menggesa rakyat Malaysia terutamanya golongan berisiko tinggi untuk mengutamakan pencegahan flu melalui vaksinasi dan mematuhi SOP COVID-19 .

Amira

Love yourself.