Kuala Lumpur, 30 Jun 2022- Pembangunan sistem SAYAJUAL.IO berupaya untuk membantu pemilik perniagaan dari segi pengurangan kos operasi sehingga 50 peratus sekali gus menyaksikan peningkatan amat ketara jualan syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Azor Industries Sdn Bhd (Azor Industries), Ts. Azrul Zafri Azmi, menyifatkan platform SAYAJUAL.IO yang memberi tumpuan kepada sistem pengurusan tempahan dan ejen ini ternyata memenuhi keperluan menyeluruh dalam kalangan pemilik perniagaan.
Menurutnya, sistem berkenaan amat bermanfaat kepada pemilik perniagaan yang mengamalkan kaedah pemasaran produk secara perkhidmatan stokis, ejen dan dropship khususnya dari segi pengurusan ribuan ejen dan tempahan produk pada satu platform tanpa menggaji ramai pekerja.
“Di samping pengurangan kos operasi yang ketara berbanding pengurusan pesanan secara manual, ia juga membantu untuk meningkatkan jualan sehingga lima kali ganda menerusi sistem pengurusan yang lebih efisien dan pantas.
“Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pemilik perniagaan, antaranya ia membolehkan mereka mendapat makluman tempahan, memantau prestasi pasukan jualan selain pengurusan pangkalan data secara terperinci.
“Segala maklumat mengenai data jualan, ejen berdaftar, pengurusan inventori dan pengurusan tempahan yang sistematik, diperoleh hanya di hujung jari malah platform berkenaan juga boleh dijadikan hab perkongsian bahan pemasaran.
“Justeru, pemilik perniagaan tidak terbeban dengan pelbagai kerenah pengurusan operasi sebaliknya, mereka boleh memberi tumpuan untuk mengatur aktiviti perkembangan perniagaan masing-masing,” katanya.
Menurutnya, SAYAJUAL.IO merupakan suatu sistem yang teguh berbanding pesaing apatah lagi pihak syarikat melaksanakan pelaburan secara efektif dalam sistem berkenaan. Ia turut ditunjangi pasukan berpengalaman dalam bidang jualan berdasarkan sistem ejen serta berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan perisian dan pembangunan sistem.
Pembangunan sistem SAYAJUAL.IO mula diperkenalkan oleh Azor Industries pada 2019 namun ia pesat berkembang sejak tahun lalu terutama dengan penyertaan pelanggan terdiri daripada pemilik produk yang mencatatkan rekod jualan mencecah jutaan ringgit saban tahun.
Antara pelanggan syarikat termasuklah Bulan Bintang, Kak Ell Cosmetics, Quran Humaira, Patola Soap, Elixxi serta Maxis Business.
Jenama baju Melayu Bulan Bintang yang pernah tular misalnya, memanfaatkan penggunaan platform terbabit untuk menguruskan tempahan lebih daripada 8,000 ejennya di seluruh negara menerusi pemantauan data yang begitu terperinci untuk pelbagai pihak dalam perniagaan berkenaan.
Bagi perkhidmatan penghantaran yang lebih berkesan pula, SAYAJUAL.IO turut memiliki integrasi dengan rakan penghantaran rasmi, Ninja Van selain beberapa syarikat terkemuka lain seperti J&T Expess, Nationwide Express, DHL dan Pos Laju.
“Sebagai nilai tambah, pihak syarikat juga kini sedang membangunkan pasukan jualan yang akan membantu pemilik produk dari segi pemasaran yang lebih berkesan khususnya untuk membantu golongan yang mahu menjalankan perniagaan secara dropship. Ini juga dapat membantu orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan.
“Menjelang akhir tahun ini, kami berharap plarform ini dapat memberi manfaat kepada kira-kira 100 pemilik atau pengasas produk perniagaan apatah lagi tiada sebarang bayaran pendahuluan untuk penggunaan sistem pengurusan ini. Sebaliknya, bayaran hanya dikenakan apabila berlakunya jualan menggunakan sistem di platform SAYAJUAL.IO,” katanya.
Sehingga kini, syarikat merekodkan jumlah transaksi bernilai RM113.5 juta sejak tahun lalu dengan 290,000 produk terjual di platform berkenaan untuk tempoh yang sama dan seramai 7,651 penjual (terdiri daripada ejen, stokis dan peniaga dropship) berdaftar