Broker & Pemberi Pinjam Matawang Kripto, Voyager Digital Failkan Perlindungan Bangkrupsi
Sebuah syarikat broker dan pemberi pinjam matawang kripto, Voyager Digital yang berpangkalan di Amerika Syarikat dilapor telah menfailkan perlindungan bangkrupsi di mahkamah, menjadikan berita keruntuhan terkini membabitkan pasaran digital.
Syarikat berkenaan dilaporkan telahpun menangguhkan semua urus niaga dan dagangan minggu lepas, namun mendakwa bahawa situasi gawat dalam pasaran matawang kripto memaksa pihaknya menfailkan perlindungan bangkrupsi tersebut. Ia membolehkan syarikat berkenaan dilindungi daripada kreditor buat sementara waktu bagi memberikan ruang kepada pihak pengurusan mencari jalan penyelesaian.
Pasaran matawang kripto dilapor jatuh mendadak selepas mencapai puncak pada nilai RM 13.32 trilion pada November lepas kepada nilai semasa dibawah paras RM 5.33 trilion. Kejatuhan terus berlaku sejak Mei selepas sebuah syarikat mata wang kripto berstatus multibilion, Terra, runtuh.
Dalam kes perlindungan bangkrupsi yang difailkannya, Voyager Digital memaklum syarikat tersebut mempunyai aset diantara RM 4.43 hingga 40.43 billion dan sebanyak 100 kreditor. Bagaimanapun, syarikat berkenaan turut mempunyai liabiliti dengan nilai yang sama dengan aset dimiliki.
Voyager Digital merupakan sebuah syarikat kripto yang menawarkan perkhidmatan perantaraan, mencari harga terbaik untuk matawang kripto bagi mana-mana pedagang yang mahu membeli atau menjual, selain meminjam aset digital daripada pelanggang dengan pertukaran sehingga 12 peratus sebelum meminjamkannya semula.
Apa itu matawang kripto?
Matawang kripto adalah satu terma yang merujuk kepada kumpulan aset digital yang berkongsi struktur yang sama seperti Bitcoin, iaitu satu “Blockchain” yang ditawarkan kepada orang awam dan menyimpan rekod pemilikan tanpa wujudnya satu pihak berkuasa yang sah sebagai penyelia.
Bitcoin dianggap sebagai permata kepada matawang kripto, mempunyai nilai kira-kira 1/3 daripada nilai keseluruhan matawang kripto. Bagaimanapun, nilai Bitcoin menyusut dengan ketara daripada kira-kira RM 305,000 kepada nilai semasa kira-kira RM 96,000.
Menurut mereka yang terlibat sebagai pelaburan matawang kripto, mereka mendakwa pelaburan ini adalah pelaburan yang selamat kerana hanya memerlukan pelaburan pemulaan yang rendah, selain tidak terikat dengan tataselia kerajaan, seperti matawang konvensional.
Manakala bagi satu pihak yang lebih berhati-hati, mereka mendakwa ketiadaan satu garis panduan jelas yang mentadbir pasaran matawang kripto selain tiada penyeliaan oleh kerajaan menjadikan ia lubuk kepada penipuan dan terdedah kepada perubahan nilai harga yang tidak terkawal.
Sumber: The Guardian