Baru-baru ini, tukang masak terkenal di platform media sosial, Khairulaming berkongsikan satu resepi kari daging bersempena Hari Raya Aidiladha yang baru sahaja kita sambut kelmarin.
Dua hari lepas kita sudah pun menyambut Hari Raya Aidiladha. Orang ramai sudah semestinya menerima pemberian daging korban yang diagihkan oleh pihak masjid sejurus acara korban selesai.
Ketika raya kelmarin, daging korban sememangnya menjadi santapan utama. Pelbagai menu masakan yang dihidangkan kepada tetamu, antara yang cukup popular ialah sup tulang.
Tapi selain sup, kan menarik kalau kita cuba juga lauk lain yang lebih menyelerakan..contohnya kari daging. Bagi peminat kari, inilah waktu terbaik untuk memasak kari daging sendiri guna daging korban yang segar.
Untuk itu, mari kita tonton dan ikuti sebuah klip video yang dikongsikan oleh tukang masak maya berkenaan mengenai resipi kari daging. Selamat menonton dan silakan mencuba.
Resepi kari daging untuk raya haji: pic.twitter.com/Z5LRVPDNu7
— Khairulaming (@khairulaming) July 7, 2022
Perkongsian video itu telah mendapat lebih 112,000 tontonan dan kira-kira 8,000 tanda ‘Suka’ daripada pengguna platform media sosial berkenaan setakat artikel ini ditulis.
Terdahulu, tukang masak popular media sosial ini pernah ‘pecah rekod’ apabila sebanyak 10,000 botol Sambal Nyet berjaya terjual hanya dalam masa 54 minit saja.
Kemunculan sambal buatan air tangannya itu pada waktu tersebut seakan-akan fenomena baharu. Boleh dikatakan ramai netizen khususnya pengikutnya terpaksa bersiap siaga untuk ‘memburu’ sambal tersebut sebaik saja ia dilancarkan.
Sumber: Twitter Khairulaming