Siakap Keli
pesyarah
Gambar: NDTV

Pensyarah Pulangkan Gaji Selama Dua Tahun, Dakwa Pelajar Tak Masuk Kelas

Seorang pensyarah di sebuah kolej di India tekad pulangkan semula gaji yang diterima selama dua tahun gara-gara tiada pelajar yang hadir dalam kelasnya, lapor The Independent UK.

Penolong profesor yang mengajar Bahasa Hindi di Kolej Nitishwar Mahavidyalaya di Muzaffarpur, Bihar Lallan Kumar berkata, “Tiada sesiapa untuk diajar, jadi untuk apa dapat gaji?”

Menurut Independent, pensyarah itu memulangkan semula gaji yang diterimanya sepanjang tempoh dua tahun berjumlah kira-kira RM149,723 kepada pihak kolej.

Bagaimanapun badan institusi berkenaan tidak menerima wang tersebut, selain dilapor turut meragui kenyataan pensyarah itu.

Dalam pada itu, pensyarah tersebut juga kecewa kerana tidak ditempatkan di kolej pascasiswazah yang membolehkannya mengajar.

Sebaliknya menurut Kumar, pensyarah lain yang lebih rendah pangkatnya (semasa pemilihan) pula dapat tempat mengajar masing-masing.

Disebabkan itu, Kumar berjanji akan melakukan protes  sekiranya permintaannya itu tidak ditunaikan selepas namanya diabaikan beberapa kali.

Sementara itu, pihak pengurusan kolej menyatakan bahawa mereka memandang serius terhadap kehadiran sifar di kolej tersebut seperti yang didakwa Kumar.

Bagaimanapun pengetua kolej, Manoj Kumar menyatakan bahawa dakwaan tiada pelajar yang pernah hadir ke kelas pensyarah itu sebenarnya palsu dan tidak berasas.

Sebaliknya kelas-kelas pengajian pada waktu itu dijalankan secara online disebabkan wabak COVID-19 yang melanda.

RK Thakur juga menjelaskan bahawa sepatutnya Kumar perlu memberitahunya secara langsung jika mahu berpindah, bukan dengan membuat kenyataan tersebut.

Sumber: The Independent UK

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.