Siakap Keli
malaysia piala aff
Gambar: FAM

Benam Cabaran Vietnam 3-0, Malaysia Mara Ke Final Piala AFF U19

Skuad bola sepak kebangsaan Bawah-19 melakar kejutan di peringkat separuh akhir bertemu pasukan pilihan dalam saingan Piala AFF U19 untuk mara ke final yang berlangsung di Indonesia, sebentar tadi.

Skuad yang dibimbing oleh Hassan Sazali Waras berjaya menidakkan cabaran Vietnam, apabila berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0.

Walaupun ditekan hebat pasukan lawan sepanjang perlawanan, skuad muda negara tersebut menunjukkan karakter yang hebat apabila berjaya mengekang sebarang asakan dan sekali sekala melancarkan serangan balas ke arah pintu gol lawan.

Hasilnya, Malaysia berada di depan pada minit ke-26 menerusi Adam Farhan Faizal. Malaysia seterus berjaya menambah satu lagi jaringan gol pada minit ke-70 hasil menerusi Haiqal Haqeemi Hairi dan menamatkan sisa-sisa perjuangan Vietnam menerusi gol ketiga menerusi Haykal Danish Haizon pada minit ke-87.

Malaysia akan turun menentang sama ada Thailand atau Laos dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Terdahulu, Malaysia menamatkan persaingan peringkat kumpulan di tangga kedua selepas tewas tipis 1-0 dalam perlawanan akhir menentang Laos.

Sumber: FAM, AFF

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.