Bulan Paling Dekat Dengan Bumi, Supermoon Dijangka Dapat Dilihat 2.37 Pagi Ini
‘Super Full Moon’ atau fenomena bulan yang kelihatan lebih besar dari biasa dijangka akan dilihat pada 14 Julai 2022, Khamis lapor Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sebentar tadi.
Memetik MYSA pada 8 Julai lalu, Bulan yang beredar mengelilingi Bumi pada orbitnya merupakan bentuk elips dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549.
Difahamkan, purata jarak bulan dan bumi adalah berbeza-beza pada setiap masa. Purata paling dekat disebut sebagai perigee adalah 363,396 km dan purata yang jauh pula dipanggil sebagai apogee dengan jarak 405.504km.
“Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee), ia dikenali sebagai ‘Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon’.
“Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee), ia dikenali sebagai ‘Micromoon, Mini Moon, Mini Full Moon atau Mini New Moon’,” lapor MYSA.
Menurut MYSA, fenomena ‘Super Full Moon’ dijangka dapat dilihat pada awal pagi esok, Khamis, 14 Julai 2022 pada jam 2.37 pagi lebih kurang 4 jam 30 minit dari sekarang.
Semasa berlakunya fenomena ini yang amat jarang berlaku, Bulan akan kelihatan lebih besar dari bulan penuh biasa sebanyak 7% dan tahap kecerahan juga akan berganda 30% dan 14% lebih besar dari ‘Mcromoon’.
BACA: Viral Video Lelaki ‘Makan’ Penampar Bakal Isteri, Cium Dahi Ketika Majlis Bertunang
BACA JUGA: Serah Diri Selepas Belasah Lelaki Didakwa Cabul Anaknya, Polis Tak Jadi Dakwa Ayah Ini
Sumber: MYSA