Siakap Keli
Gambar: Facebook Tsu Feh Sufiah

Cara Mudah Goreng Ayam Garing Tanpa Setitik Minyak

Sebut saja ayam goreng, sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Namun, pernahkah anda terfikir cara goreng ayam “garing” tanpa setitik minyak masak?

Seperti yang kita tahu, sajian ayam boleh dihidangkan dalam pelbagai bentuk hidangan sama ada yang berkuah, dibakar ataupun bergoreng.

Bagaimanapun, kadar kalori di dalam ayam goreng yang digoreng menggunakan minyak terlalu tinggi, menjadikannya kurang sihat berbanding dibakar.

Jadi, hari ini kita akan dikongsikan dengan satu resepi ayam goreng tanpa menggunakan setitik minyak pun dalam hidangan. Sudah tentu ia lebih menyihatkan.

Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Tsu Feh Sufiah di Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Ayam Goreng TAK GUNA MINYAK tetap GARING

Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer.

Cer tengok nih!

Yes. Misi berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup.

Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi.

Korang cuba la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.

Caranya senang jer.

Pertama basuh sehingga bersih ayam. Kedua lumurkan ayam dengan bawang putih (tumbuk lumat), sedikit halia (tumbuk lumat), sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat), sedikit serbuk kunyit dan garam. 

Setelah itu, gaul hingga sebati dan masukkan dalam bakul air fryer pada suhu 180 darjah selama masa 15 minit.

*Saya guna Air Fryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo. Akhir sekali, siap. 

Ps : bolehlah panjangkan resepi ayam goreng tak guna minyak nih kat sapa-sapa yang belum tahu, okehh!

#takgunaminyak

#ayamgorengjimatminyak

#menggorengtanpaminyak

#resepiairfryer

#resepimasakan

cara goreng ayam
Gambar: Facebook Tsu Feh Sufiah
cara goreng ayam
Gambar: Facebook Tsu Feh Sufiah

Sumber: Facebook Tsu Feh Sufiah di Kumpulan Makan Apa Hari Ni (MAHN)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.