Siakap Keli

Huawei nova Y90, Telefon Pintar Super Dengan Harga Mampu Milik Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Julai Ini

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2022 – Perhatian Rakyat Malaysia! Peneraju teknologi informasi dan komunikasi (ICT), infrastruktur dan peranti pintar global, Huawei Device Business Group (BG) telah kembali untuk membawa kejutan kepada semua peminat teknologi pintar dengan pelancaran peranti baharu dalam barisan telefon pintar siri nova Y yang padat dengan ciri inovatif dan nilai yang berpatutan, nova Y90, pada hari Jumaat ini, 15 Julai 2022.

Berasaskan ciri “4S” (Super Screen, Super Battery, Super Charge dan Super Design), HUAWEI nova Y90 dicipta dengan ciri teknologi terkemuka industri yang mampu mempertingkatkan pengalaman pengguna, sambil mengekalkan harga yang kompetitif.

Pada tanda harga RM999, HUAWEI nova Y90 serba baharu ini membolehkan pengguna menyaksikan paparan skrin sinematik yang lebih luas dan lancar yang diperkemas dengan Paparan Edgeless Fullview HUAWEI dengan 6.7 inci untuk tontonan yang mengasyikkan. Dengan reka bentuk yang terperinci dan lapisan permukaan yang halus, HUAWEI nova Y90 mempersembahkan reka bentuk moden yang anggun dan tekstur yang unik untuk cengkaman dan keselesaan yang dipertingkatkan. Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh terbina dalam dengan 40W HUAWEI SuperCharge yang mampu meningkatkan hayat bateri dengan kapasiti bateri yang lebih besar dan fungsi pengecasan yang lebih pantas. 

Dengan peningkatan moden baharu yang diterima pakai oleh HUAWEI dari semasa ke semasa, semua produk HUAWEI telah dilengkapi dengan AppGallery, membolehkan pengguna mengakses pelbagai jenis aplikasi merentasi pelbagai kategori seperti permainan, pendidikan, gaya hidup, fesyen dan banyak lagi. AppGallery juga akan menawarkan pelbagai hadiah eksklusif, rebat, kupon dan mata ganjaran HUAWEI dari semasa ke semasa.

Spesifikasi mega HUAWEI nova Y90 yang mengagumkan ini bukan sahaja mesra pengguna tetapi juga mesra ekonomi. Bagi mereka yang mencari telefon pintar mampu milik dengan kualiti spec premium, boleh layari Laman Web Rasmi HUAWEI, halaman Facebook  atau akaun Instagram Rasmi HUAWEI di mana maklumat lanjut dan juga promosi, dijangka akan didedahkan semasa hari pelancaran. Disamping itu, pengguna juga boleh berkunjung ke Kedai HUAWEI terdekat untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI nova Y90.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.