Siakap Keli

Inisiatif GetRunner X Dapur Rakyat Bantu B40

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2022 – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB  Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini merasmikan Prapelancaran GetRunner Malaysia,  sebuah aplikasi penghantaran makanan dan parcel milik Bumiputera di Angkasapuri. 

GetRunner juga mengumumkan kolaborasi strategik bersama Dapur Rakyat yang  dikendalikan oleh Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM). Kolaborasi  ini melibatkan bantuan makanan ruji seperti beras, minyak masak, gula, dan tepung  kepada golongan B40.  

Tiada kos penghantaran dikenakan dan semua rider penghantaran makanan dan parcel  yang terlibat dalam musibah atau bencana alam turut diberikan keutamaan bagi inisiatif  ini.  

Zahidi yang ditemui ketika sesi sidang media berkata, kini industri ekonomi gig semakin  rancak berkembang selaras dengan lonjakan ekonomi digital negara. 

“Industri ekonomi gig kini semakin pesat berkembang. Saya dimaklumkan sehingga kini terdapat lebih 130 platform dalam dan luar negara yang boleh dianggap sebagai platform  yang dipercayai. 

“Daripada jumlah tersebut, 116 dibangunkan oleh warganegara Malaysia seperti platform  GetRunner. Ini perkembangan yang cukup positif bagi pertumbuhan ekonomi digital  negara.  

“Sehubungan dengan itu, saya percaya kolaborasi antara GetRunner Malaysia dengan  Dapur Rakyat ini wajar disahut sama oleh semua pemain ekonomi digital demi manfaat  seluruh Keluarga Malaysia,” katanya lagi. 

GetRunner merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan dan diusahakan 100% anak  muda Bumiputera. Aplikasi yang telah dimulakan di Kelantan dan Terengganu sejak tiga  tahun lalu kini telah bersedia untuk meluaskan empayar perniagaan di Kuala Lumpur dan  Selangor. 

Dengan polisi 0% komisen untuk rider penghantaran dan vendor atau merchant,  GetRunner membuka ruang kepada seluruh Keluarga Malaysia menambahkan  pendapatan isi rumah dan terlibat secara langsung dalam pertumbuhan ekonomi digital  negara.  

Maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini boleh diperoleh menerusi aplikasi GetRunner.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.