Siakap Keli
korek telinga guna putik kapas
Gambar Via Dr Mohd Shaiful Nizam

Jangan Korek Telinga Guna Putik Kapas & Besi Kecil, Doktor Ini Jelaskan Bahaya Bakal Menanti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan Korek Telinga Guna Putik Kapas & Besi Kecil, Doktor Ini Jelaskan Bahaya Bakal Menanti

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kesihatan telinga juga perlu dijaga dengan sebaiknya kerana cara penjagaan yang salah seperti sering menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan tahi telinga boleh mendatangkan kesan yang buruk.

Selain putik kapas, pasti ramai juga yang kerap menggunakan besi kecil untuk mengorek tahi telinga. Tanpa disedari, ia sebenarnya akan menyebabkan tahi telinga tertolak ke bahagian tengah dan boleh menyebabkannya tersumbat.

Lebih menakutkan, ia mungkin akan menjadi punca kepada kebocoran dalam bahagian gegendang telinga.

Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Telinga Hidung Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam mengenai seorang pesakitnya yang mengadu sakit di bahagian telinga kiri selepas mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Lagi Kes rujukan Gegendang Telinga pecah/bocor akibat tabiat suka korek telinga ke Klinik Pakar ENT (Telinga Hidung Tekak).

Ini antara kes rujukan yang saya terima di Klinik Pakar hari ini sebaik sahaja masuk kerja selepas cuti raya haji.

Antara gejalanya, pesakit ini mengadu sakit di telinga kiri, kurang dengar serta bunyi berdesing. Kesemua 3 gejala ini terjadi sebaik sahaja beliau mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil (seperti dalam gambar). Putik kapas di sebelahnya juga digunakan.

Gambar pengorek besi kecil itu pesakit sendiri yang keluarkan dari poket beliau. Beliau mempunyai tabiat korek telinga sudah agak lama menggunakan putik kapas dan besi.

Gambar Via Dr Mohd Shaiful Nizam

Tahukah anda, tahi telinga a.k.a earwax atau lilin telinga TIDAK PERLU dikorek. Ia sudah pun mempunyai mekanisma tersendiri tanpa kita sedar melalui kunyahan mulut, pergerakan rahang dan pertumbuhan kulit dalam telinga yang akan menolak keluar. (AAO-HNS)

EarWax ini ada FUNGSINYA:

1) Bersifat kalis air – Cegah air dari meresap masuk ke salur telinga.

2) Bersifat anti-bakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan dan pembiakan bakteria dan kulat.

3) Bersifat asid untuk lembabkan kulit halus sekitar saluran telinga.

4) Menghalang kemasukan serangga-serangga kecil seperti semut, lalat dan nyamuk

5) Mengeluarkan kotoran dan habuk dalam saluran telinga.

Ini antara 5 FUNGSI tahi telinga kita. Sebab itu doktor-doktor Pakar ENT MELARANG pesakit-pesakit mereka mengorek telinga.

Apabila tahi telinga sentiasa dikorek, secara tidak langsung akan menyebabkan ia tertolak ke bahagian tengah saluran telinga seterusnya akan berkumpul dan tersumbat!

Gambar Via Dr Mohd Shaiful Nizam

Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah pendengaran (berdesing dan kurang dengar).

Lebih parah lagi ia boleh menyebabkan luka dan radang telinga luar dan tengah.

Ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga seperti yang berlaku kepada pesakit saya ini.

Habis tu doktor, nak buat macam mana jikalau dah banyak sangat tahi telinga dan rasa tersumbat?

Gunakan ubat titis telinga untuk lembutkan tahi telinga yang keras.

Jikalau masih lagi rasa tersumbat dan bergejala, segera dapatkan pemeriksaan Pakar ENT.

Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.