Siakap Keli
Gotabaya Rajapaksa
Gambar via India Express

Gotabaya Rajapaksa Sah Lepaskan Jawatan Presiden Sri Lanka

Gotabaya Rajapaksa Sah Lepaskan Jawatan Presiden Sri Lanka

Speaker parlimen Sri Lanka yang sedang mengalami krisis ekonomi telah menerima surat peletakan jawatan daripada Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat.

Menurut Mahinda Yapa Abeywardena, Presiden baharu akan dipilih dalam tempoh tujuh hari mengikut peruntukan Perlembagaan.

Memetik Indian Express, penunjuk perasaan telah mengosongkan bangunan kerajaan itu sebaik sahaja Rajapaksa menghantar email peletakan jawatan yang digesa oleh mereka sejak berbulan lalu.

Peletakan jawatan itu berlaku sebaik sahaja Rajapaksa meninggalkan negara mereka bersama isteri dan anaknya ke Maldives dan kemudian ke Singapura baru-baru ini.

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe, pemangku presiden telah mengumumkan perintah berkurung berikutan penunjuk perasaan telah menyerbu pejabatnya secara besar-besaran, namun orang ramai masih lagi berkumpul di atas jalan raya untuk meraikan peletakan jawatan Presiden Gotabaya.

BACA: Terseret Kereta Sejauh 29 Meter, Penolong Pengarah JPN Kelantan Maut Dilanggar

BACA JUGA: Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

Sumber: India Express

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.