Marah apabila Apollo dia kena ambil, gelagat kucing seakan-akan budak kecil merajuk makanannya dicuri ini bikin ramai geli hati.
Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai gelagat seekor kucing yang membuatkan ramai netizen tak kering gusi melihat telatahnya di media sosial.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok, kimsyaf20 memaparkan Si Bulus berkenaan yang sedang selesa didukung oleh tuannya.
Menariknya, dalam masa yang sama kucing itu sedang memeluk dua bungkus makanan ringan dipercayai kek Apollo di dalam pelukannya.
Bagaimanapun ketika perakam video mahu mengambil Apollo tersebut, kucing itu kelihatan marah seolah-olah langsung tidak izinkan orang lain sentuh Apollo itu.
Namun setelah mendapatkannya kembali dari perakam, Si Bulus itu akhirnya memeluk erat bungkusan Apollo berkenaan walaupun ketika itu dia ‘dibuli’ berkali-kali.
Dia yang marah apabila diacu beberapa kali itu kemudiannya mengambil semula makanan tersebut sambil melihat atau menjeling ke arah lain.
Tambahan pula, satu lagi Apollo yang diberikan oleh seorang individu (sebelah perakam) juga turut diambilnya.
@kimsyaf20 #kucingviral #kucingcuttonbud #fypシ kucing viral bersama owner asal ..kali ni kek apollo plak🤣🤣🤣
Rata-rata netizen geli hati melihat telatah dan tabiat kucing berkenaan yang seakan-akan ‘budak kecil merajuk’ setelah makanannya diambil.
“Jangan laa amik apollo kiteee!” komen Afqh.mn.
“Punya merajuk tu kan, tangan ambil mata tak mau tengok dah,” tulis Putry Omar di ruangan komentar.
“Kak, kucing akak dah rosak tu bagi saya repair,” kata Reen.
Untuk makluman video tersebut telah mendapat lebih 4.3 juta tontonan dan lebih 738,000 tanda ‘Suka’ di TikTok setakat artikel ini ditulis.
Sumber: TikTok kimsyaf20