Siakap Keli
subvarian centaurus

COVID-19: Belanda Kesan Kes Subvarian Omicron Baharu, Dikenali Sebagai Centaurus

COVID-19: Belanda Kesan Kes Subvarian Omicron Baharu, Dikenali Sebagai Centaurus

Belanda menjadi negara baru yang mengesan kes subvarian omicron Covid-19  BA.2.75 pada Rabu dan pakar telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai penularan pantas strain itu.

Memetik AFP, subvarian yang disebut ‘Centaurus’, pertama kali dilaporkan di India pada bulan Mei lalu dan sejak dari itu ia telah mula merebak ke sekitar 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Australia.

Menurut Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda dalam satu kenyataan, kini ia juga telah dikenal pasti di Belanda.

“Tidak banyak maklumat yang diperoleh dari BA.2.75, tapi ia seperti lebih mudah untuk memintas pertahanan yang dibina terhadap SARS-CoV-2 melalui perubahan kecil dan khusus.

Minggu lepas, Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan berkata, badan itu memantau secara dekat perkembangan strain berkenaan, namun berdepan dengan batasan susunan untuk dianalisis.

”Subvarian ini dilihat mempunyai beberapa mutasi pada bahagian domain pengikat reseptor pada protein spike…jadi kami harus menelitinya,” katanya lagi,

Soumya juga berkata ia amsih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berkenaan kemampuan strain ini mengatasi sistem imum atau betapa teruk kesanya.

Menurut Pengarah Institut Kesihatan Global di Universiti Geneva, Antoine Flahaut pula, penularan BA.2.75 di India boleh menjadi indikasi ia mungkin lebih mudah merebak berbanding subvarian Omicron BA.5, yang pernah melanda Eropah dan Amerika Syarikat sebelum ini.

”Ia dilihat menjadi strain yang dominan di India. Persoalannya, adakah ia juga bakal menjadi varian yang dominan di seluruh dunia?”, soalnya.

Ujar Flahaut lagi, varian sebelum ini, seperti Delta, ‘menguasai’ negara di mana varian tersebut muncul terlebih dahulu, sebelum tersebar di seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, masih ada ruang kepada ketidak dugaan, merujuk kepada bagaimana BA.2.12.1 menjadi dominan di Amerika Syarikat tetapi BA.5 menjadi lebih ‘berjaya’ apabila kedua-duanya dibandingkan.

Katanya, kemampuan varian baharu untuk merebak menjadikan usaha pembangunan vaksin untuk melawan Covid-19 menjadi semakin sukar. Ini kerana, apabila saintis menemui vaksin untuk mengekang sesuatu varian dan sedia untuk dilancarkan, varian baharu pula muncul.

Setakat ini, ia masih terlalu awal untuk mengetahui tahap keseriusan BA.2.75.

Sumber: AFP

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.