Siakap Keli
duit syiling dalam perigi
Gambar: TikTok akuu0.9

Lebih RM800 Terkumpul, Wanita Gigih ‘Kaut’ Duit Syiling Hasil Menabung Dalam Perigi

Lebih RM800 Terkumpul, Wanita Gigih ‘Kaut’ Duit Syiling Hasil Menabung Dalam Perigi

Kebiasaannya apabila ingin menabung duit syiling, tabung khas seperti gelen atau botol akan digunakan. Bagaimanapun, berbeza pula dengan wanita di Indonesia ini yang dipercayai menyimpan duit syiling di dalam perigi.

Memetik laporan Serambi News, wanita terbabit menjadi tular di media sosial selepas memuat naik video yang memaparkannya sedang memunggah duit simpanan tersebut di dalam perigi.

Dakwanya, duit syiling yang berjumlah jutaan rupiah itu telah disimpan di dalam perigi selama dua tahun.

Menerusi video itu, duit syiling tersebut dilihat telah dibalut dengan plastik aiskrim supaya tidak terkeluar apabila dimasukkan ke dalam perigi.

@akuu0.9

bisa di ambil juga ya bund🤭🥺ga nyangka hasilnya #fypシ #trend #masukberanda #celengantarget #didalamsumur

♬ Sunroof – Nicky Youre & dazy

Apabila ia dikeluarkan, bungkusan duit syiling itu kelihatan seperti sudah separa menghitam akibat terkena tanah dari dasar perigi.

Sementara itu, dengan menggunakan tali dan tangga, kelihatan juga seorang lelaki turun ke dasar perigi untuk mengambil baki bungkusan duit syiling.

Malah ada juga seorang nenek yang dilihat sedang membersihkan syiling-syiling itu.

“Ambil wang simpanan di dalam perigi selepas dua tahun,” kata wanita yang memuat naik video itu.

Tukar duit di bank

Difahamkan, selepas duit syiling itu dikeluarkan dari plastik dan dibersihkan, wanita itu kemudian telah menukarnya ke bank terdekat.

“Kemudian kami menukar syiling di bank,” tambahnya.

Walaupun tidak dinyatakan jumlah yang tepat namun wanita tersebut menujukkan timbunan wang Rp 50,000 hingga Rp 100,000 dan wang itu dianggarkan lebih dari Rp 3 juta (RM890).

Sementara itu, dalam satu lagi video, netizen mempersoalkan sama ada syiling tersebut tidak berkarat selepas ‘berendam’ dalam perigi terutama dalam tempoh yang lama.

Susulan itu wanita tersebut memuat naik video lain yang menunjukkan keadaan bungkusan syiling tersebut.

Memang sekali pandang kelihatan ada duit syiling yang berkarat dan ada yang tidak. Pun begitu, ia masih boleh ditukar di bank.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 5.7 juta tontonan di TikTok dan dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.

“Nampaknya simpan duit di dalam perigi agar ia susah untuk diambil,” kata seorang netizen.

@akuu0.9

Balas @thisisovy ni ka uang nya skrng udh d tukerin😊😄#salintautan #fypシ

♬ suara asli – auliaa.N💦 – auliaa.N💦

BACA: Menabung Duit Sampai Berkarung-karung Guni, Lelaki Terpaksa ‘Jemput’ Jiran-jiran Datang Tolong Kira

Sumber: Serambi News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.