Siakap Keli
pembuangan sisa minyak hitam di sungai langat
Gambar: Facebook Lembaga Urus Air Selangor.

Kes Pembuangan Sisa Minyak Hitam Di Sungai Langat, Ini ‘Respond’ LUAS

Sebahagian kawasan Sungai Langat di Selangor dilapor dicemari dengan insiden pembuangan sisa minyak hitam dalam satu kejadian pada petang semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan memaklumkan, jarak antara lokasi kejadian ke Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Batu 11, Cheras adalah dua kilometer.

“Siasatan awal LUAS di 5oo meter lokasi pertama dari Muka Sauk mendapati tiada sebarang kesan minyak atau bau yang pelik ditemukan. Pihak LUAS meneruskan siasatan sehingga ke hulu Sungai Langat.

“Walau bagaimanapun tiada kesan minyak dan bau abnormal dikesan dan siasatan bersama pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ke LRA Batu 11, Cheras mendapati tiada bau abnormal dikesan di muka sauk berkenaan.

“Insiden berkenaan tidak memberi kesan signifikan kepada operasi LRA,” lapor LUAS dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, buat masa ini pihak LUAS akan melaksanakan pemantauan 24 jam tanpa henti bagi memastikan kelangsungan sumber air di negeri berkenaan sentiasa terjamin dan terus terpelihara.

Tambahnya, LUAS turut menyeru agar semua pihak termasuk komuniti awam untuk mengambil pendekatan bersama dalam memulihara persekitaran badan atau sumber air.

“Kelalaian atau perbuatan negatif dengan menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai tempat pembuangan/pelupusan boleh mengundang ancaman kepada kelancaran fungsi loji-loji rawatan air di Negeri Selangor, dan seterusnya gangguan bekalan air terawat,” tambah kenyataan itu lagi.

Gambar: FB LUAS

Sumber: Facebook Lembaga Urus Air Selangor

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.