Eropah ‘Diserang’ Cuaca Panas Melampau, Beberapa Negara Catat Suhu Lebih 40 Darjah Celcius
Negara-negara di Eropah kini dilaporkan berdepan dengan cuaca panas yang melampau, dengan suhu tertinggi melebihi 40 darjah Celcius telah direkodkan.
Memetik laporan Daily Mail, rekod sepanjang masa dijangka merentasi sebahagian besar barat Perancis dengan 44 darjah Celcius.
Spain: Firefighters battle wildfires raging out of control, temperature is above 40 degrees Celsius
1200 hectares of land have burned in fire#Spain #Heatwave #Europe #Wildfire pic.twitter.com/O02z2w3OYj
— Transcontinental Times (@Transctimes) July 18, 2022
Keadaan panas melampau itu telah mencetuskan berpuluh-puluh kebakaran sehingga mengakibatkan seorang anggota bomba terbunuh di Sepanyol.

Di Bordeaux, Perancis pula, hampir 14,000 ekar tanah telah terbakar sejak minggu lalu dan memaksa 16,000 orang penduduk berpindah dari situ.
Komander bomba tempatan, David Brunner yang telah bekerja di wilayah tersebut selama lebih tiga dekad berkata dia tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini.
Sementara itu, lebih 1,000 orang dipercayai telah meninggal dunia di sekitar Portugal dan Sepanyol akibat gelombang panas tersebut.
Southwest Europe has entered the sixth day of a summer heatwave that has triggered devastating forest fires in France, Portugal, Spain and Greece.
Thousands of hectares of land have been ravaged and several firefighters killed since the start of the week. pic.twitter.com/YScjDXSqY6
— DW News (@dwnews) July 16, 2022
“Tiada kata yang dapat dapat diucapkan sebagai tanda terima kasih kepada petugas yang bertungkus lumus memadam kebakaran tanpa rehat,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez.
Menurutnya lagi, dua pertiga daripada keseluruhan pasukan bomba negara kini dikerahkan untuk mengawal kebakaran, dengan kira-kira 2,300 orang dipindahkan dari rumah mereka.

Hampir keseluruhan Sepanyol dan bahagian timur Portugal kini berada di bawah amaran ‘bahaya melampau’.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Portugal juga sedang memerangi kebakaran hutan di negara mereka sejak suhu mencecah 47 Celcius pada minggu lalu.
More than 1,000 dead in Portugal and Spain as record-breaking heatwave scorches Europe pic.twitter.com/sZMwg0cLnF
— TVI Today (@TVIToday) July 18, 2022
Darurat seluruh negara
Difahamkan, darurat di seluruh negara itu dijangka akan berlangsung sehingga Selasa.
Para saintis dipercayai ‘menyalahkan’ perubahan iklim dan meramalkan episod cuaca ekstrem yang lebih kerap dan sengit seperti gelombang panas dan kemarau.
Uncontrollable wildfires continue to devastate Europe, which in the grip of a brutal heatwave, with many parts of Europe experiencing temperatures of over 115°F. Take a look as a fire in Portugal rages:pic.twitter.com/YjyJ4irDDl
— Steve Hanke (@steve_hanke) July 17, 2022
Di samping itu Pertubuhan Meteorologi Sedunia berkata United Kingdom mencatatkan suhu 40 darjah Celcius untuk pertama kali dan amaran berstatus ‘merah’ telah dikeluarkan.
“Haba luar biasa dijangka akan menjejaskan sebahagian besar England pada awal minggu ini, dengan suhu berkemungkinan tinggi iaitu dalam 30 darjah Celcius di sesetengah tempat dan mungkin juga akan mencecah 40 darjah Celcius.

“Amaran ‘merah’ akan berterusan pada Isnin dan Selasa untuk bahagian tengah, utara, timur dan tenggara England,” kata pertubuhan itu.
Ketua Pejabat Meteorologi, Paul Gundersen pula berkata suhu yang luar biasa mungkin akan memecahkan rekod pada awal minggu depan.
“Pada masa ini terdapat 50 peratus kemungkinan kita dapat melihat suhu melebihi 40 darjah Celcius dan 80 peratus akan melihat suhu maksimum baharu dicapai,” katanya.
Thousands of people were evacuated as crews continued battling wildfires raging in southwestern France on Sunday. https://t.co/GPleMNvyZS pic.twitter.com/p2kbT6VuaI
— CBS News (@CBSNews) July 18, 2022