Siakap Keli
krisis sri lanka
Kredit: Getty Image via BBC

Krisis Ekonomi Sri Lanka Adalah Amaran Kepada Negara Asia Lain – IMF

Menurut ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Sri Lanka kini berada dalam ambang krisis ekonomi yang belum pernah berlaku dan telah mencetuskan bantahan besar daripada rakyatnya setelah presiden negara tersebut melarikan diri meninggalkan tanah air. Negara lain juga mungkin berhadapan dengan risiko yang sama.

Merujuk laporan BBC baru-baru ini, Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata pada Sabtu lepas, “Negara yang mempunyai hutang yang tinggi dan dasar polisi yang terhad bakal menghadapi tekanan. Kejadian yang berlaku di Sri Lanka merupakan amaran kepada negara lain,”

Beliau berkata lagi, negara membangun lain juga turut mengalami kemerosotan pengaliran wang tunai yang berterusan selama empat bulan berturut-turut, sekaligus mengenepikan impian mereka untuk bersaing dengan ekonomi negara maju yang lain.

Sri Lanka sedang bergelut untuk membayar barangan import yang penting seperti makanan, bahan api dan ubatan untuk 22 juta rakyatnya, ketika ia sedang menghadapi krisis pertukaran mata wang asing.

Gambar via BBC

Menurut BBC, inflasi kini telah melonjak kepada 50 peratus dengan peningkatan harga makanan sebanyak 80 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas. Nilai rupee Sri Lanka telah merosot angkanya berbanding dolar AS dan mata wang global utama lain pada tahun ini.

Ekoran itu, ramai rakyat Sri Lanka telah menyalahkan bekas Presiden, Gotabaya Rajapaksa kerana tersilap mengendalikan ekonomi dengan polisi bencana yang memberi kesan lebih buruk sewaktu pandemik.

Selama bertahun-tahun, Sri Lanka telah berhutang dengan jumlah yang besar pada bulan lepas, sekaligus menjadikannya sebagai negara pertama di Asia Pasifik yang gagal membayar hutang asing dalam tempoh 20 tahun.

Difahamkan, pemerintah telah berunding dengan IMF untuk bailout bernilai RM13 bilion. Tetapi perbincangan tersebut terhenti berikutan oleh kekecohan politik.

Kredit: Getty Image via BBC

Halangan global yang sama juga meningkatkan kadar inflasi dan faedah yang tinggi serta mata wang yang menyusut, selain tahap hutang yang tinggi dan rizab mata wang asing berkurangan turut menjejaskan ekonomi lain di rantau itu.

Sebelum ini, China telah menjadi pemberi pinjaman yang dominan kepada beberapa negara membangun dan membolehkan mereka mengawal negara pada saat genting.

Walau bagaimanapun, bagaimana syarat peminjaman yang ditetapkan dari Beijing atau bagaimana mereka menyusun semula pembayaran hutang masih lagi tidak jelas buat masa ini.

Sementara itu, menurut Alan Keenan dari International Crisis Group, China juga merupakan antara penyebab kepada kejatuhan Sri Lanka. Hal ini kerana mereka mendorong untuk pembangunan infastruktur projek yang mahal dan tidak memberi pulangan besar kepada ekonomi.

“Begitu juga dengan sokongan politik kepada keluarga pemerintah Rajapaksa dan dasar-dasarnya… Kegagalan politik ini merupakan tunjang utama kepada kejatuhan ekonomi Sri Lanka, dan sehingga ia dipulihkan dengan cara perubahan perlembagaan dan budaya politik yang demokratik, Sri Lanka sepertinya tidak akan keluar dari keadaan gawat sekarang,” katanya, menurut BBC.

Lebih membimbangkan, negara lain juga berkemungkinan menghadapi masalah yang sama.

Sumber: BBC 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.