Siakap Keli
kanak-kanak tunggang gajah setiap hari ke sekolah
Gambar Via Bangkok Post/ Thaiger

Ayah Nak Jimat Petrol, Budak 11 Tahun Tunggang Gajah Ke Sekolah

Kanak-kanak berusia 11 tahun menarik tunggang gajah ke sekolah menarik perhatian orang ramai termasuk rakan-rakan di sekolah. 

Seorang pelajar darjah lima dari daerah Satuek, Thailand menarik perhatian orang ramai apabila dia dilaporkan telah menghadiri ke sekolah dengan menunggang gajah untuk menjimatkan kos bahan api, minyak petrol. 

Wisanchol Yongram, 38 tahun telah mengesahkan laporan bahawa anak perempuannya, Pupae yang berusia 11 tahun menunggang gajah jantan yang berusia 25 tahun bernama Oleh ke sekolah menerusi video tular dimuat naik oleh @Ole FcThailand. 

Selain itu, Encik Wisanchol juga berkata di rumahnya mempunyai empat ekor gajah termasuk Ole, seekor lembu berusia 22 tahun yang diberi nama Wassan dan dua anak lembu, Ngamchok yang berusia empat tahun dan Ngamta berusia dua bulan. 

Difahamkan, haiwan itu sebelum ini telah dijadikan haiwan pertunjukan kepada para pelancong di sebuah pusat pertunjukan gajah sehingga pandemik Covid-19 melanda yang memaksa keluarga ini membawa pulang semua haiwan ini ke Buri Ram. 

Menurut Wisanchol, Pupae mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Oleh dan sering menghabiskan masa bersama gajah itu sejak dia kecil lagi. Pupae sering memberi makan dan juga memandikannya malah telah menunggang Oleh sejak dia berusia enam tahun. 

Murid darjah lima itu berkata dia dapat rasakan hubungan yang kuat diantara dia dengan Ole dan bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan apabila sudah dewasa untuk menjaga dan merawat gajah. 

Dalam pada itu, dia juga menunggang gajah itu ke Sekolah Samrog Piman kira-kira 500 meter dari rumahnya kerana keluarga sedang cuba untuk berjimat cermat dalam penggunaan bahan api, petrol.

Dia juga mengakui rakan-rakan di sekolah terpegun pada awalnya apabila dia muncul sambil menunggang haiwan tersebut yang mempunyai ketinggian sehingga tiga meter. 

@olefcthailand

ปูเป้ขี่ช้างมาเข้าแถว#olefcthailand🇹🇭 น่ารักๆ

♬ ช้าง – Leelawadee Quartet

BACA: Nyaris Terbakar Hidup-hidup, Tular Detik Cemas Lelaki Hampir Dibaham Api Kebakaran Hutan

BACA JUGA: Jalan Unik ‘Melody Road’ Di Jepun, Keluar Lagu ‘Merdu’ Bila Kereta Lalu

Sumber: Bangkok Post, Ole FcThailand (TikTok)

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.