Lelaki lari dari kebakaran sebuah traktor dilaporkan terselamat, namun dia telah mengalami kecederaan yang serius
Menerusi video yang dikongsikan oleh agensi berita luar negara, BNO News melaporkan seorang lelaki nyaris menerima padah dalam usahanya untuk menyelamatkan sebuah trak daripada dibaham api di Sepanyol.
Difahamkan, dia terselamat daripada kebakaran itu namun mengalami kecederaan yang serius.
Berdasarkan video yang dimuat naik di akaun BNO News itu, dapat dilihat lelaki berkenaan berusaha melarikan diri ketika dihambat api dalam kebakaran berkenaan. Kebakaran berkenaan dipercai berlaku di sebuah kawasan ladang.
Gelombang haba berbahaya telah melanda beberapa bahagian Eropah dan pegawai mereka mendakwa fenomena itu mungkin akan melibatkan beribu-ribu nyawa pada minggu ini.
Memetik NCC Rea, suhu yang mungkin akan memecah rekod dilaporkan akan melanda 15 wilayah yang berbeza bermula pada Isnin dan dijangka berlarutan hingga Selasa termasuk United Kingdom, Perancis, Greece dan Sepanyol.
Dalam pada itu, suhu dengan tiga digit juga dijangka akan melanda bandar-bandar utama seperti Athens yang dijangka akan dilanda suhu mencecah 100 darjah Fahrenheit pada minggu ini.
Selain itu, Londo juga diramalkan akan mencecah suhu sehingga 102 darjah pada hari Selasa, manakala Madrid dengan paras tertinggi 105 darjah pada minggu ini.
Kebakaran hutan telah melanda Perancis, Sepanyol, Portugal dan Greece sepanjang minggu yang lalu, lapor NCC Rea.
Dalam laporan berbeza pula, dilaporkan sekurang-kurangnya 1,000 orang dipercayai meninggal dunia di Portugal akibat impak gelombang haba panas yang melanda Eropah ketika ini.
WATCH: Man miraculously escapes, runs for his life when wildfire engulfs tractor in western Spain. He survived but suffered serious injuries pic.twitter.com/yWHBfx41RE
— BNO News (@BNONews) July 18, 2022
BACA: Panjang Ekornya Sekitar 800,000 KM, Komet PANSTARSS Berjaya Dirakam Observatori Negara Di Langkawi
BACA JUGA: Pernah Jadi Perisik, Kenali Umar Yamaoko, Dipercayai Muslim Pertama Dari Jepun Tunai Haji